KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dijumpai di dalam takungan air kumbahan di Ketereh di sini semalam disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Kok Lanas.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 5.25 petang semalam.
Katanya, terdahulu bapa tiri mangsa dan isterinya menyedari ketiadaan kanak-kanak itu di rumah kedai mereka di Jalan Kuala Krai-Kok Lanas kira-kira 2.25 petang.
"Mangsa kemudian dijumpai oleh keluarga dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam takungan air kumbahan di bahagian belakang rumah kedai.
Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Kok Lanas dan pegawai perubatan bertugas mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd Rosdi berkata mayat kanak-kanak itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) untuk tujuan bedah siasat dan pemeriksaan.
"Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian adalah 'drowning' (lemas air) selain tiada sebarang kecederaan pada tubuh badan si mati," katanya.
Katanya lagi, mayat kanak-kanak itu telah diserahkan kepada keluarga bagi urusan pengebumian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2023
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dijumpai di dalam takungan air kumbahan di Ketereh di sini semalam disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Kok Lanas. -Gambar hiasan
PM Anwar beri sumbangan kepada dua wanita sempena Tahun Baharu Cina
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada dua wanita di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Kanak-kanak dijumpai dalam takungan air kumbahan disahkan meninggal dunia
Mayat kanak-kanak itu telah diserahkan kepada keluarga bagi urusan pengebumian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.