Tiga tahun lalu kanak-kanak ini menjalani pembedahan untuk merawat penyakit jantung berlubang yang dihidapinya dan bulan lepas Siti Nur Intan Hidayah Azhar, 9, membuktikan bergelar bekas pesakit jantung bukan halangan untuknya melakukan aktiviti lasak.
Murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Sungai Gau, Temerloh, Pahang itu boleh berbangga kerana menjadi antara pendaki yang menawan Gunung Santubong di sini yang terkenal dalam kalangan peminat sukan tersebut sebagai antara gunung yang mencabar.
Ditemani ibu bapanya Azhar Ahmad, 49, dan Siti Hawa Abdul Latiff, 45, anak bongsu daripada lima beradik itu menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menguasai gunung berketinggian 810 meter dari aras laut tersebut.
"Ayah dan ibu membawa saya mengikuti misi pendakian ini setelah doktor yang merawat saya di Institut Jantung Negara mengesahkan saya boleh melakukan aktiviti lasak," katanya kepada Bernama di sini.
Katanya pendakian itu adalah yang pertama baginya dan dilakukan tanpa persediaan rapi.
Siti Nur Intan Hidayah adalah antara 28 peserta dari Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang yang mengikuti misi pendakian ke gunung legenda itu baru-baru ini serta merupakan satu-satunya pendaki kanak-kanak dalam kumpulan berkenaan.
Menceritakan pengalamannya semasa sampai ke puncak, Siti Nur Intan Hidayah berkata ia satu pengalaman yang sukar dilupakan terutama apabila terpaksa memanjat tangga tali pada dinding batu menegak.
"Saya menangis apabila berjaya sampai di puncak kerana tidak menyangka mampu berbuat demikian. Saya hampir berputus asa kerana terasa sangat penat, namun atas sokongan dan bantuan peserta lain, saya kuatkan semangat untuk terus mendaki," katanya yang berhasrat meneruskan kegiatan itu.
Terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar raya Kuching, Gunung Santubong merupakan antara destinasi popular dan wajib bagi pendaki.
Ini kerana walaupun ketinggiannya hanya 810 meter, pendaki perlu berdepan dengan trek yang mencabar termasuk memanjat tangga tali dalam keadaan menegak serta mampu menimbulkan rasa gayat bagi yang lemah semangat.
"Gunung Santubong ini memang lebih rendah berbanding gunung-gunung lain di Semenanjung Malaysia namun keadaan pendakian yang mencabar menuntut kekuatan mental dan fizikal yang tinggi," kata ketua misi pendakian itu Mohd Faizal Muda.
Ini kerana katanya selain mendaki dalam keadaan menegak, kedudukan satu anak tangga dengan anak tangga lain yang berjarak dua hingga tiga kaki menuntut kekuatan fizikal pendaki.
Bagaimanapun katanya pemandangan indah di puncak gunung itu merupakan ganjaran yang sukar diperoleh di tempat lain menjadikan Gunung Santubong tumpuan peminat aktiviti lasak tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 17 2017

Siti Nur Intan Hidayah Azhar, 9, membuktikan bergelar bekas pesakit jantung bukan halangan untuknya melakukan aktiviti lasak. - Gambar fail Bernama
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Bebas COVID-19 tidak semestinya terlindung sepenuhnya - Pakar
Bekas pesakit COVID-19 tidak akan terlindung sepenuhnya daripada mendapat semula jangkitan virus itu.

Bekas pesakit COVID-19 kongsi pengalaman kepada masyarakat
Namun ketika dunia dilanda panik serta keresahan, kisah bekas pesakit Covid-19 ini mungkin boleh membuka mata kita semua terutamanya rakyat Malaysia yang menghadapi kisah yang sama.