SEPANG: Seorang kanak-kanak lelaki Bangladesh yang ditemui di dalam sebuah kontena di dermaga Westport, Pelabuhan Klang pada 17 Jan, dihantar pulang ke negara asalnya hari ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kanak-kanak itu, MD Ratul Islam Fahim, dibawa pulang ke negara asalnya melalui penerbangan ke Dhaka malam ini dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur di sini, diiringi pegawai Kedutaan Bangladesh di Kuala Lumpur.
Dalam sidang media di sini hari ini, Saifuddin berkata kanak-kanak berumur 16 tahun itu, terperangkap secara tidak sengaja dalam kontena tersebut semasa kapal berlabuh di Bangladesh.
"Ketika ditemui kanak-kanak itu terlalu lemah dan terus diberikan perlindungan kesihatan atas dasar kemanusiaan, biarpun tiada sebarang dokumen padanya," katanya kanak-kanak itu dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan diletakkan di bawah jagaan Yayasan Chow Kit mulai 26 Jan.
Dalam isu berasingan, Saifuddin berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti dengan terperinci, dokumen berkaitan pemberian kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe), sebelum mengambil apa-apa tindakan.
Menurutnya, beliau telah diberikan taklimat ringkas baru-baru ini mengenai projek NIISe berkenaan, yang kontraknya diraih oleh syarikat teknologi Iris Corporation Bhd yang didakwa mempunyai kaitan dengan menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Saifuddin berkata taklimat berkenaan ialah untuk mengetahui apakah 'corporate exercise' terlibat mematuhi terma dalam kontrak yang telah ditandatangani, antara subsidiari Iris dengan kerajaan.
Pada 10 Feb, Iris Corp memeterai perjanjian penjualan saham (SSA) dengan Tass Tech Technologies Sdn Bhd (Tass Tech), membabitkan pelupusan 80 peratus kepentingan ekuiti dalam unitnya, Iris Information Technology Systems Sdn Bhd (IITS) pada tunai RM70 juta.
IITS merupakan pemaju NIISe yang dikatakan bakal menggantikan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMS), yang diguna pakai oleh Jabatan Imigresen sejak 13 tahun lalu.
Berita mengenai pelupusan kepentingan ekuiti itu timbul sehari selepas Muhyiddin menafikan bahawa beliau terbabit dalam pemberian kontrak NIISe kepada kepada Iris Corp.
Ditanya sama ada isu berkenaan memerlukan campur tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya buat masa ini beliau masih memerlukan waktu untuk menelitinya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023

Kanak-kanak berumur 16 tahun itu, terperangkap secara tidak sengaja dalam kontena tersebut semasa kapal berlabuh di Bangladesh. - Gambar fail/Sinar Harian
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kanak-kanak Bangladesh ditemui dalam kontena di hantar pulang
Seorang kanak-kanak lelaki Bangladesh yang ditemui di dalam sebuah kontena di dermaga Westport, Pelabuhan Klang pada 17 Jan, dihantar pulang ke negara asalnya.