TANAH MERAH: Seorang lelaki ditahan selepas polis menerima laporan yang mendakwa dia mencabul kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang juga anak saudaranya.
Suspek dikatakan memasukkan jari ke dalam kemaluan anak saudaranya sewaktu mangsa sedang tidur di rumahnya di Kampung Bukit Kuin, Bendang Nyior, di sini, pada 12 September lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan DSP Mohd Razi Rosli berkata, laporan polis itu dibuat oleh ahli keluarga kanak kanak berkenaan.
"Pada 13 September, satu laporan polis telah terima daripada seorang perempuan mengatakan anak saudara perempuannya berumur 6 tahun mendakwa telah di cabul oleh bapa saudaranya di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuin, Bendang Nyior, Tanah Merah.
"Berdasarkan keterangan mangsa telah memberitahu kejadian berlaku pada 12 September semasa dia sedang tidur di mana suspek telah bertindak memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa" katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Mohd Razi berkata, mangsa merupakan anak tunggal dalam keluarga yang sebelum ini telah dijaga oleh neneknya iaitu emak kepada bapa mangsa.
Ibu dan bapa mangsa dikatakan sudah telah bercerai.
Kata Mohd Razi, pada pukul 11.45 malam Rabu, suspek yang berusia 34 tahun telah ditangkap dan kini ditahan reman hingga 20 September ini bagi membantu siasatan.
“Berdasarkan semakan rekod, suspek tidak mempunyai kesalahan lampau dan hasil ujian saringan awal air kencing juga negatif,” ujar beliau lagi.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak 2017.
Vivi Sumanti
Thu Sep 15 2022

Seorang lelaki ditahan selepas polis menerima laporan yang mendakwa dia mencabul kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang juga anak saudaranya di Kampung Bukit Kuin, Bendang Nyior, di sini, pada 12 September lepas.

Polis Abu Dhabi beri amaran tentang penipuan berkaitan Ramadan di media sosial
Polis juga memberi amaran terhadap pautan amal palsu di media sosial yang menyamar sebagai organisasi yang sah.

MOT rangka pelan tindakan kurangkan pelepasan gas rumah hijau dari kapal, pelabuhan
Pelan tindakan berkenaan menggariskan langkah bagi memastikan pematuhan kepada sasaran yang ditetapkan oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa.
Finland dinobatkan negara paling bahagia untuk tahun kelapan berturut-turut
Seperti tahun sebelumnya, negara-negara Nordik terus mendominasi kedudukan teratas dengan Denmark, Iceland dan Sweden masing-masing berada di tempat kedua, ketiga dan keempat, manakala Norway di tangga ketujuh.
Bekas pekerja Eminem didakwa curi, jual lagu tidak diterbitkan
Seorang jurutera bunyi didakwa di mahkamah kerana mencuri dan menjual lagu-lagu yang tidak diterbitkan penyanyi rap, Eminem secara dalam talian.
Eddie Jordan meninggal dunia akibat kanser prostat
Bekas pemilik pasukan Formula Satu, Eddie Jordan yang memberi peluang debut kepada Michael Schumacher meninggal dunia akibat kanser prostat, pada Khamis.
Lebih 700 rakyat terbunuh dalam serangan udara sejak Selasa
Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza sejak Selasa.
AS kini pasaran eksport terbesar Malaysia atasi China
Amerika Syarikat (AS) kini merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia mengatasi China dari segi kuantiti eksport.
Ops Bersih Ramadan: Wujud sindiket seludup pengemis warga Thailand ke Kelantan
Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam mendedahkan wujud kegiatan sindiket yang membawa masuk pengemis dari Thailand untuk mengemis di beberapa lokasi sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan.
Pegawai farmasi disyaki hina Nabi Muhammad di laman sosial ditahan
Seorang pegawai farmasi yang disyaki memuat naik komen menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial baru-baru ini ditahan polis.
Rafizi bakal pertahan jawatan Timbalan Presiden PKR
Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli bakal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu yang berlangsung pada 24 Mei depan.

Kanak-kanak 6 tahun dakwa dicabul bapa saudara
Suspek dikatakan melakukan perbuatan itu ketika anak saudaranya sedang tidur.