Kampung Selarat salah satu perkampungan di Sematan menjadi lokasi terkini diisytihar diserang wabak rabies di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Amad Douglas Embas petang ini mengumumkan keputusan wabak berkenaan setelah sampel kawasan tersebut disahkan dijangkiti wabak tersebut.

Bagaimanapun, kampung ini terletak di luar 10 kilometer kawasan yang telah diisytihar rabies sebelum ini.

BACA: Mangsa ketujuh rabies di Sarawak meninggal dunia

BACA: Hampir 60 peratus anjing di Sarawak pembawa virus rabies

Ia merupakan kawasan kelima diisytihar kawasan wabak setelah Batu 5, Jalan Semaba; Pasar Basah Sungai Maong; Kampung Serikin; dan Taman Alamanda Indah Matang yang kesemuanya dalam bahagian Kuching.

Sarawak pada tahun lepas merekodkan 10 kes positif rabies, dengan sembilan daripadanya menyebabkan kematian.

Kes terakhir disahkan di Kampung Sandong, dekat sini melibatkan seorang kanak-kanak warga asing berusia tiga tahun.