KUALA LUMPUR:Komuniti bola sepak negara hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada penyerang kebangsaan Muhammad Syafiq Ahmad dan keluarga, yang terlibat dalam kemalangan tragis di Pulau Pinang, awal pagi tadi.
Kemalangan itu mengorbankan anak lelaki, ibu mentua dan pembantu rumahnya.
"Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyampaikan salam takziah kepada pemain bola sepak kebangsaan Syafiq Ahmad, yang telah kehilangan anak lelaki dan ibu mentuanya selepas terbabit dalam satu kemalangan awal pagi tadi.
"Semoga Allah mengampuni dosa dan mencucuri rahmat ke atas roh mereka, serta meringankan musibah Syafiq (Muhammad Syafiq) seisi keluarga. Al-Fatihah," menurut kenyataan dalam laman Facebook rasmi FAM.
Dalam kenyataan berasingan, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) turut menzahirkan ucapan takziah, sambil menyeru orang ramai supaya menjaga sensitiviti pemain berusia 25 tahun itu serta ahli keluarganya.
"Kami di PFAM amat bersedih dengan dugaan yang dilalui beliau dan mendoakan agar beliau tabah dengan ketentuan Allah ini. PFAM juga menyeru orang ramai agar tidak menyebarkan gambar serta video berkaitan, bagi menjaga sensitiviti keluarga Syafiq," kata PFAM.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut menzahirkan ucapan takziah.
"Terkejut mendapat perkhabaran kemalangan yang dihadapi Syafiq Ahmad dan keluarga. Salam Takziah. Semoga Syafiq Ahmad dan isteri terus kuat pada saat yang dukacita ini," tulis beliau dalam ciapan Twitternya.
Sementara itu, pasukan Selangor FC dan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) masing-masing mendoakan segala urusan Syafiq Ahmad dipermudahkan, serta tabah dalam ujian yang menimpa.
"Dari Mu kami datang, kepada Mu kami kembali. Selangor FC mengucapkan salam takziah kepada pemain kebangsaan dan JDT Syafiq Ahmad, atas kemalangan yang menimpa beliau dan keluarga," demikian ciapan Selangor FC dalam Twitter rasmi mereka.
Dalam pada itu, bekas pengendali skuad kebangsaan Datuk K.Rajagobal turut menzahirkan ucapan takziah kepada Muhammad Syafiq menerusi ciapan di Twitter.
"Kuatkan semangat Syafiq Ahmad. Takziah diucapkan. Saya doakan semoga anda diberikan kekuatan untuk menempuhi ujian ini. Jaga diri," katanya.
Kemalangan menimpa Muhammad Syafiq dan keluarganya turut dirasai peminat bola sepak tanah air yang tampil memberikan kata-kata semangat serta mendoakan kesejahteraan beliau di media sosial.
Dalam kejadian pada 5.36 pagi itu, bayi lelaki Syafiq berusia 22 hari, ibu mentuanya Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumahnya iaitu wanita warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an, maut dalam kemalangan itu manakala Muhammad Syafiq bersama anak perempuannya Aaira Nur Saffiyya, 2, cedera ringan.
Isterinya Nur Amalina Nur Ain, 25, pula dilaporkan cedera parah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 06 2020

Syafiq memeluk anaknya Aaira Nur Saffiya selepas menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya akibat kemalangan awal pada Ahad pagi. - Bernama

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews

Isteri Syafiq dipindahkan ke HKL hari ini
Nur Amalina Norain, 25, kini stabil namun dipindahkan ke HKL sekitar pukul 6.45 pagi tadi untuk rawatan pakar berkaitan saraf di sana.

Isteri pemain JDT kucup bayi buat kali terakhir di HSJ
Wanita itu turut diberi peluang menatap wajah ibunya Zainab Wahab, 45, yang turut terkorban dalam kemalangan tersebut.

Bapa Muhammad Syafiq tak sempat lihat cucu lelaki pertama
Ahmad Ibrahim, 56 tahun, berkata dia sedih kerana hanya dapat menatap jenazah cucu lelaki pertama, Muhammad Aisy Saqeef, namun redha dengan kejadian yang menimpa keluarga anaknya itu.

TMJ ucap takziah buat Syafiq Ahmad, seru orang ramai tidak sebar gambar kemalangan
Pemilik JDT itu turut menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan gambar atau video berkaitan demi menjaga sensitiviti Syafiq sekeluarga.

Penyerang JDT, Syafiq Ahmad kemalangan, anak maut
Turut maut, Zainab Wahab, 45 tahun, difahamkan ibu mertua Muhammad Syafiq, dan seorang warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

JDT kukuh di persada Liga Super menjelang penangguhan Liga-M
JDT di bawah bimbingan ketua jurulatih Benjamin Mora tidak pernah tewas dalam tiga aksi pertama.

Cheng Hoe puji aksi cemerlang Muhammad Syafiq
Pengendali berusia 51 tahun itu berharap penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dapat mengekalkan prestasi cemerlangnya apabila skuad Harimau Malaya turun berdepan Vietnam 10 Okt ini.

Malaysia tepati ramalan tewaskan Sri Lanka 6-0
Kedudukan ranking dunia yang jauh berbeza antara Sri Lanka dengan kedudukan ke-202 berbanding Malaysia di kedudukan 158, jelas membuktikan kemenangan itu sudah dijangkakan.

Tewaskan Fiji 1-0, imbuhan menanti skuad Harimau Malaya
Pemain skuad Harimau Malaya yang beraksi sewaktu Malaysia menewaskan Fiji 1-0, bakal menerima imbuhan daripada bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.