Seorang perdana menteri sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak akan menahan mana-mana rakyat Sabah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dihantar ke kem tahanan Kamunting jika berani membangkitkan isu hak-hak Sabah, kata pemangku presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Berbeza dengan Najib, Madius berkata beliau lebih terbuka sehingga pemimpin dan rakyat Sabah bebas berbicara mengenai hak-hak negeri Sabah dalam Kerajaan Persekutuan.
"(Pemimpin itu) tahan orang di Kamunting. Hari ini pula memperlekeh atau mempersenda kepimpinan perdana menteri hari ini," katanya ketika berucap pada Konvensyen Upko 2016 di Pusat Kebudayaan Sabah di sini hari ini.
Madius berkata perdana menteri hari ini lebih sedar mengenai kebebasan bersuara yang menjadi hak rakyat yang perlu dihormati.
Bagi Madius, beliau menyifatkan Najib sebagai pemimpin paling sesuai pada masa ini dan berazam untuk memberi sokongan padu kepada Najib.
Dalam ucapan Madius hari ini, beliau membangkitkan banyak isu berkaitan hak-hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 yang disifatkannya sebagai dekat di hati rakyat Sabah.
Namun, kata Madius, keberanian Najib memansuhkan ISA memberi ruang kepada rakyat di Sabah meluahkan rasa hati mengenai perjanjain itu dan perkara yang membabitkan hak kaum Bumiputera Sabah.
Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia pada 1963 namun Singapura meninggalkan pembentukan persekutuan itu pada 1965. Sabah dan Sarawak diberi jaminan hak tertentu untuk menjadi sebahagian daripada persekutuan.
ISA membenarkan penahanan tanpa bicara. Tahanan ditahan di kem tahanan yang terletak di Kamunting, Taiping di Perak di semenanjung Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 12 2016
!['Kami akan diheret ke Kem Kamunting jika bangkitkan hak Sabah sebelum ini' - Madius 'Kami akan diheret ke Kem Kamunting jika bangkitkan hak Sabah sebelum ini' - Madius](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51472140972_WilfredMadiusTanga.jpg)
Bagi Madius, beliau menyifatkan Najib sebagai pemimpin paling sesuai pada masa ini dan berazam untuk memberi sokongan padu kepada Najib.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![12 ADUN, Ahli Parlimen PH Sabah tarik balik saman pemula terhadap kerajaan 12 ADUN, Ahli Parlimen PH Sabah tarik balik saman pemula terhadap kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695198968_TBCourtHammer.jpg)
12 ADUN, Ahli Parlimen PH Sabah tarik balik saman pemula terhadap kerajaan
Dua belas wakil rakyat PH Sabah menarik balik saman pemula bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya kerajaan Persekutuan memperakui dan memberikan hak-hak Sabah yang termaktub dalam perlembagaan.
![GRS tidak akan tunggu bagi tuntut hak Sabah di bawah MA63 GRS tidak akan tunggu bagi tuntut hak Sabah di bawah MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607420934_JeffreyGKitingan.jpg)
GRS tidak akan tunggu bagi tuntut hak Sabah di bawah MA63
Sabah mahu meterai perjanjian cari gali minyak dan gas dengan syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
![Shafie tempelak pihak pertikai usaha memperjuang hak Sabah Shafie tempelak pihak pertikai usaha memperjuang hak Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71578237824_shafieapdal.jpg)
Shafie tempelak pihak pertikai usaha memperjuang hak Sabah
Presiden Warisan berkata, parti itu membentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir negara.