Perkara ini membuatkan banyak sistem pengecaman wajah sukar mengenal pasti identiti.
Akan datang, kamera pintar untuk rumah oleh Apple dijangka boleh mengenal pasti identiti orang walaupun wajah ditutup.
Tidak kira sama ada dengan purdah, atau topeng muka, sistem kamera Apple ini boleh mengenal pasti penghuni di sesebuah rumah dan tidak merakam mereka tetapi hanya merakam orang yang kamera tidak kenali.
Kamera ini turut dikatakan akan menyertakan Apple Intelligence.
Sistem kecerdasan buatan ini dikatakan boleh menggunakan data-data imej atau video yang telah disimpan yang mungkin ada ciri-ciri individu yang pernah dikenal pasti.
Dengan ini, sistem AI pada kamera ini boleh mengecam individu walaupun wajahnya tidak kelihatan sama ada dihalang/ditutup atau kerana kualiti imej yang rendah.
Antara ciri-ciri yang akan dikenal pasti adalah bentuk tubuh badan.
Menariknya, kamera pintar Apple ini turut boleh mengenal pasti gaya pergerakan seseorang.
Kamera ini dijangka dilancarkan pada tahun 2026 untuk dipadankan dengan skrin pintar yang dijangka tiba pada tahun 2025.
Sumber: 9to5Mac