Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara individu yang memberikan maklum balas terhadap berita tular mengenai Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang ditegur oleh seorang pemanggil di talian dikenali sebagai Azrul berhubung penampilannya.
Syed Saddiq menerusi laman Instagram menzahirkan perasaan sinis beliau dengan berkongsi sekeping gambarnya bersama Nurul Izzah dengan menulis kapsyen menyatakan sekiranya beliau berjumpa dengan pemilik suara itu (Azrul), beliau memintanya memakai cawat besi di mata.
"Saya beritahu @n_izzah, kalau saya jumpa si Azrul tu saya suruh dia pakai cawat besi di mata. On a more serious note, I admire your strength, patience and perseverence YB. Sexism is real and threatens the moral fabric of our society. Speak up and fight it my fellow Malaysians," tulis Syed Saddiq pada kapsyen di gambar tersebut.
Berdasarkan tulisan tersebut, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkenaan dilihat tidak menyenangi insiden terhadap Nurul Izzah itu yang tular dan menjadi topik perbualan netizen di laman sosial.
BACA: Penampilan ditegur: 'Pupuk penghormatan lebih tinggi buat wanita' - Nurul Izzah
BACA: Etika pemakaian Nurul Izzah cukup sopan - Bernama
BACA: Isu Nurul Izzah: Da'i Wan pula bersuara
Ia berkaitan insiden seorang pemanggil yang menegur cara pemakaian tudung Nurul Izzah secara live dalam sebuah program pada 22 Mei lalu.
Pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai Azrul telah menegur cara pemakaian tudung ahli politik wanita berkenaan.
Sedutan pendek yang menunjukkan teguran berbaur sensitif itu kemudian tular di media sosial. Tindakan lelaki itu nyata mengundang kemarahan orang ramai terutamanya golongan lelaki.
Ada yang menyifatkan ia sebagai satu gangguan seksual.
Dari status yang sama, Syed Saddiq turut menzahirkan perasaan kagumnya terhadap kekuatan, kesabaran dan ketabahan Nurul Izzah berdepan dengan situasi tersebut.
Menerusi gambar yang dimuat naik itu juga, Syed Saddiq sempat berpesan bahawa seksisme adalah nyata dan mengancam moral masyarakat kita.
Sinar Harian
Sun May 27 2018

Syed Saddiq menerusi laman Instagram menzahirkan perasaan sinis beliau dengan berkongsi sekeping gambarnya bersama Nurul Izzah. - Foto Instagram/@syedsaddiq
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Baru belajar berenang, Syed Saddiq layak ke Ironman Dunia
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bakal bertanding dalam Kejohanan Dunia Ironman yang bakal berlangsung di Nice, Perancis, tahun depan.

Syed Saddiq fail semakan tindakan PM, kerajaan henti peruntukan untuk Muar
Syed Saddiq dan tiga pengundi memfailkan permohonan kebenaran untuk mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi berhubung tindakan pemberhentian peruntukan untuk Parlimen Muar.

Kes pecah amanah: Syed Saddiq sedia hadapi keputusan, mahu bersih nama
Keputusan kes pengubahan wang haram membabitkan dana Armada itu akan diketahui pada pagi Khamis.

Syed Saddiq dakwa peruntukan ditarik balik selepas keluar Kerajaan Perpaduan
Menurutnya, beliau mendapat pengesahan itu daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) sendiri.

'Saya bukan nak lawan Melayu' - Syed Saddiq
Menurut Syed Saddiq, generasi Melayu baharu akan membuktikan kepada semua bahawa kaum itu boleh berjaya tanpa mengetepikan bangsa lain.

Tiada lagi Toby, kucing kesayangan Syed Saddiq
Aksi dan kemesraan Toby dianggap selingan santai bagi pengikut media sosial beliau, selain pengisian serius tentang hal kerja dan politiknya.

Keputusan bela diri atau bebas Syed Saddiq pada 28 Okt
Pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan Syed Saddiq melakukan kesalahan pecah amanah kerana ia bukan elemen pertuduhan ke atasnya.

Syed Saddiq: Pendakwaan berjaya timbulkan kes prima facie
Pembelaan gagal mematahkan kes pendakwaan dan keterangan saksi-saksi kekal kukuh bagi membuktikan kesalahan tersebut.

Keputusan permohonan salinan percakapan saksi utama kes Syed Saddiq esok
Pernyataan yang dirakam oleh SPRM penting kerana wujud dua senario bercanggah yang diberikan oleh saksi pendakwaan ke-13.

SPRM tak lengah pendakwaan terhadap Syed Saddiq - Saksi
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melengah-lengahkan pendakwaan terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.