PASIR SALAK: “Jika cuaca hujan, atau angin kencang, saya akan berlari ke bawah rumah untuk mendapatkan perlindungan.” Itu luah Mat Yusoff Shariff, 71 yang tinggal di sebuah rumah kayu di Kampung Balun Bidai, Kampung Gajah, dekat sini sejak 30 tahun lalu.
Menurutnya dia yang hidup sebatang kara dan menumpang di rumah milik saudaranya itu sering ketakutan tatkala hujan atau angin kencang melanda syurga kecilnya itu.
“Rumah ini sudah lama. Atapnya bocor selain dinding dan lantai kayunya semakin reput. Ia makin teruk sejak enam bulan lalu.
“Tiada bilik di rumah ini, sebaliknya hanya ada ruang tamu dan dapur sahaja. Jadi, pada kebiasaan saya akan tidur di bahagian ruang tamu.
“Malangnya, apabila keadaan cuaca di luar hujan atau ada angin kencang, saya terpaksa pergi ke bawah rumah untuk mendapatkan perlindungan, disebabkan rumah ini semakin uzur.
“Selain tidak selesa kerana atap yang bocor, saya juga bimbang sekiranya ada pokok yang menimpa rumah dan mengancam keselamatan saya. Saya hanya akan naik semula ke atas apabila cuaca berkenaan reda.
“Saya memang nak baik pulih rumah ini, namun disebabkan kesempitan wang dan keadaan uzur, saya tidak mampu untuk lakukan itu,” katanya ketika ditemui di Kampung Balun Bidai, Kampung Gajah, dekat sini pada Khamis.
Warga emas yang berasal dari Teluk Intan itu berkata, sebelum ini dia mengambil upah mengutip buah sawit relai di ladang kelapa sawit di sekitar rumahnya itu dengan bayaran RM20 setiap hari.
Namun, akibat tubuh yang semakin dimamah usia, Mat Yusoff berkata dia terpaksa berhenti sejak dua tahun lalu dan mula bergantung sepenuhnya kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Ujarnya lagi, adik lelaki yang berusia 60 tahun dan menetap di kawasan perumahan di Sungai Galah di sini juga sering membantunya untuk ke pekan Kampung Gajah sekiranya mempunyai urusan.
“Kebiasaanya saya akan berbasikal kalau hendak ke mana-mana yang berhampiran seperti makan dan minum di kedai kira-kira dalam lingkungan 5 kilometer dari rumah.
“Kalau hendak ke pekan Kampung Gajah yang jaraknya kira-kira 10 km, adik lelaki saya akan datang membantu membawa saya dengan menaiki kereta,” katanya.
Dalam pada itu, senyuman pada wajah Mat Yusoff boleh terukir tatkala nasibnya itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah merangkap Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin.
Dr Wan Norashikin berkata menerusi Program Khidmat Bakti @ Komuniti, sebanyak RM20,000 diperuntukkan untuk membaik pulih rumah warga emas berkenaan membabitkan kerja-kerja mengganti dan membaik pulih keseluruhan atap, dinding dan lantai, tangga, serta mengecat.
“Rumah ini didapati uzur dan warga emas itu tinggal berseorangan. Selepas diadakan siasatan, dia memaklumkan bahawa dia tidak mahu berpindah ke kawasan lain.
“Jadi disebabkan itu kita bersama-sama JKM mengambil keputusan untuk membaik pulih rumah Mat Yusoff. Diharap dapat menambah keceriaan kepada beliau untuk menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad ini,” katanya.
Rumah yang dibaik pulih secara bergotong-royong melibatkan lebih 30 individu daripada Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat, Sukarelawan JKM, Skuad Prihatin, RELA dan penduduk kampung itu dijangka siap untuk didiami pada Jumaat.
Dalam pada itu, Mat Yusoff berkata, beliau gembira apabila rumahnya itu dibaik pulih dan dicat semula seolah-olah rumah baharu.
“Selepas ini saya tidak perlu duduk bawah rumah lagi kalau cuaca tak baik. Selain itu saudara-mara yang selalu datang melawat nanti pun lebih selesa,” ujar warga emas itu.
Terdahulu Dr Wan Norashikin menyampaikan sumbangan kepada 120 kanak-kanak dari golongan B40, asnaf dan anak yatim di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Gajah pada Program Seronok Beraya Aidiladha, di sini.
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM360,000 untuk pemberian khas ini membabitkan seramai 2,400 penerima di seluruh Perak yang menerima baju raya dengan tudung, kerongsang atau sampin dan songkok serta kuih dan duit raya.
Amirrul Rabbani
Fri Jul 08 2022
Mat Yusoff Shariff menunjukkan kawasan bawah rumah untuk mendapatkan perlindungan ketika hujan atau angin kencang melanda. - Astro AWANI
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Hujan dijangka turun di Pahang, Terengganu petang ini
Hujan dijangka berlaku di pesisir pantai melibatkan perairan Pahang dan Terengganu pada sebelah petang.
Ribut petir diramal landa utara tanah air esok
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak diramal akan mengalami hujan dan rebut petir sepanjang hari esok.
Amaran pendakian ke puncak Gunung Kinabalu
Taman-Taman Sabah hari ini mengeluarkan amaran bagi aktiviti pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.
Banjir: 405 orang berlindung di enam PPS di Perak
Pada Isnin Jabatan Meterologi Malaysia menjangkakan hampir semua daerah di negeri ini akan hujan pada sebelah petang dan malam.
Sejarawan bimbang mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah bocor ketika hujan
Kebimbangan dibangkitkan mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah utama monumen Mughal yang terkenal itu bocor ketika hujan.
Taman Tasik Taiping mulai 'dilimpahi' air, pengunjung lega
Dikenali dengan gelaran bandar tadahan hujan, ramai mata yang tertumpu di sini susulan tular paras air tasiknya yang mengering.
Paris 2024: Acara papan selaju ditangguh akibat hujan
Berdasarkan jadual awal, 22 atlet sepatutnya bertanding pada peringkat awal acara itu pagi ini di Place de la Concorde.
Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Sabah setakat pagi ini meningkat kepada 464 orang daripada 140 keluarga yang berada di empat PPS.
PRK Sungai Bakap: Proses penamaan calon bermula 9 pagi
Keadaan cuaca diramal hujan pagi ini, seperti yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (METMalaysia) semalam.
Hujan basahi Mina, suhu turun buat seketika
Menurut warga tempatan, ini kali ketiga hujan turun di kota Mekah sepanjang tahun ini.