MIRI: Dengan kedudukannya sebagai negeri terbesar di Malaysia, Sarawak cukup kaya dengan khazanah budaya yang tersendiri.
Warisan budaya tidak hanya dapat dilihat pada makanan, pakaian atau adat, malahan juga kraftangannya.
Perjalanan ke Kg Long San Telang Usan, Baram, Miri, mempertemukan Astro AWANI dengan sepasang suami isteri yang mengabdikan diri kepada seni kreatif yang semakin ditelan zaman.
Melewati usia emas, William Lusing, 84 tahun, dan isteri, Lucy Suling Lian, 73 tahun, masih tekun melukis dan menganyam pelbagai jenis kraf tanpa lelah.
Hasil seni itu ada sebahagiannya ditempah oleh penduduk sekitar, ada juga yang dijual kepada pelancong yang mahu menjadikannya buah tangan.
Permulaan mengenali seni kreatif warisan itu hampir 40 tahun lalu didorong minat yang mendalam, ditambah pula dengan bakat semula jadi yang dimiliki.
"Saya tak pernah ambil kelas atau belajar dengan sesiapa, tapi dengan kekuatan hati, saya belajar sendiri. Ambil apa-apa barang atau ukiran, cuba ikut-ikut lukis. Selepas itu barulah buat betul-betul, ukir pada kayu guna pisau. Akhirnya menjadi, ada orang suka dan beli.
"Memang dari awal pun sebab minat. Buat sampai jadi. Prinsip saya ialah buat kerja, mesti buat sampai jadi, jangan buat kemudian tinggalkan begitu saja.
"Macam alat muzik sape. Saya tak pandai main sape tapi saya buat (ukir) dan orang lain dapat main," katanya ketika ditemui di kediamannya, baru-baru ini.
Antara kraf yang dihasilkan mereka ialah sejenis topi yang dipakai semasa acara keramaian dipanggil Tapung La'a, ukiran sape, anyaman manik serta lukisan abstrak tradisional.
Menurut Ketua Kaum Kg Long San Telang Usan, Lucia Payakalang, pasangan itu adalah antara tiga individu di kampung tersebut yang masih aktif dalam seni kraf tradisional, dengan majoriti anak muda tidak berminat meneruskan atau mempelajarinya.
"Tak ada yang mahu belajar. Mereka berdua (William dan Lucy) akan berbesar hati kalau ada yang mahu belajar tapi biasalah anak muda sekarang, minat mereka bukan ke arah itu.
"Dahulu saya pun ada buat kraf juga. Tapi apabila usia sudah meningkat, penglihatan pun sudah tidak begitu baik jadi terpaksa tinggalkan," katanya yang memiliki banyak koleksi kraf tradisional dalam simpanan.
Memahami jiwa anak muda yang dicuri arus kemodenan, namun William masih menaruh harapan agar ada yang meneruskan seni itu selepas ketiadaan mereka kelak.
"Ada juga saya beritahu anak-anak muda, kalau ada peluang belajarlah. Ini budaya kita, lama-lama nanti kalau tak ada yang meneruskan, ia akan lenyap begitu saja. Tak ada yang buat lagi, mungkin kamilah generasi terakhir.
"Kalau kita hilang perkara yang jadi budaya kita, susahlah. Cubalah pelihara budaya kita kerana kalau lenyap, mungkin satu hari nanti bangsa kita pun sudah tidak wujud lagi," katanya mengakhiri perbualan.
Madiha Abdullah
Sat Mar 02 2024
William dan Lucy masih tekun melukis dan menganyam pelbagai jenis kraf walaupun pada usia emas. - Foto Astro AWANI
Pendakwaan kes palsu pasport Britain ditangguh
Pendakwaan terhadap seorang warga Syria yang terlibat dalam kes pemalsuan pasport Britain ditangguhkan kepada 5 Disember ini selepas lelaki berkenaan tidak memahami bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Abai fardu kifayah punca negara Islam tak jadi kuasa besar
Pengabaian umat Islam terhadap tanggungjawab fardu kifayah menjadi punca ketiadaan kuasa besar di kalangan negara-negara Islam yang mampu menakutkan musuh.
Doktor dituduh rakam punggung wanita
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
[TERKINI] Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada keadilan dan kemanusiaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia menyifatkan waran tangkap dikeluarkan ICC terhadap Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant sebagai kemenangan kepada mereka yang menegakkan keadilan.
Keputusan ICC keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu tindakan wajar - PM Anwar
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Pemain Industri mahu terlibat sama dalam penggubalan yang telus
Pemain industri gig di Malaysia mengeesa penangguhan RUU Pekerja Gig untuk memastikan definisi pekerja gig diperhalusi, peraturan yang seimbang, serta proses yang lebih telus dan inklusif.
Polis kesan orang hilang dari hospital
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seseorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 18 november lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
"Ada banyak perkara kita perlu belajar dari Palestin" - Son Heung-min
Kapten Korea Selatan, Son Heung-min menyatakan rasa kagum dengan corak permainan ditampilkan pasukan bola sepak Palestin sehingga mampu mengikat pasukannya.
Kes buli UPNM: Suspek mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai but spike
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak, pada bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
AWANI Ringkas: JPS beri amaran paras sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Labu sayong miliki peminat tersendiri, proses pembuatan perlu terus diwarisi
Peredaran masa menyaksikan tanah liat sayong kini tidak lagi hanya dijadikan labu sayong, sebaliknya telah diinovasi menjadi pelbagai produk lain.
'Kalau hilang budaya, apa lagi yang tinggal?'
Perjalanan ke Kg Long San Telang Usan, Baram, mempertemukan Astro AWANI dengan sepasang suami isteri yang mengabdikan diri kepada seni kraf.
LCW: Samri dan Maznah teruja, bangga perkenal keunikan seni kraf ke mata dunia di London
A. Samri Abdul Rahman dan Maznah Unyan mahu memastikan seni warisan kaum Orang Asli Mah Meri tidak lapuk ditelan zaman.
Aksesori batik buatan tangan pikat generasi muda
Motif batik semakin mendapat tempat di hati anak muda bukan sahaja melalui pakaian, namun kini turut diketengahkan dalam aksesori wanita menerusi pelbagai teknik seni kraf.
Tikar mengkuang Munah masih jadi pilihan selepas 30 tahun
Munah mampu mhasilkan antara 10 hingga 15 keping tikar mengkuang pelbagai saiz sebulan secara tradisional yang dijual pada harga bermula RM65 hingga RM180 dari rumah.
Pendaki Korea Selatan ubah sampah jadi seni dengan mesej alam sekitar
Kang-eun mengasaskan kumpulan pendaki yang menjaga kebersihan laluan pendakian di beberapa lokasi gunung popular.
HKK 2020 bakal perkasa sosioekonomi usahawan kraf tempatan
Sambutan Hari Kraf Kebangsaan berhasrat membawa hala tuju baharu kepada usahawan-usahawan tempatan dalam memasarkan produk mereka.
Sarawak sambut baik pencalonan songket keringkam bagi pengiktirafan UNESCO
Pencalonan itu adalah inisiatif Jabatan Warisan Negara dan dibantu oleh Persatuan Penggiat Seni dan Kebudayaan Malaysia, Kuching.