KUALA TERENGGANU: Dua kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) Terengganu berdepan detik cemas apabila pacuan empat roda dinaiki mereka tergelincir dan hampir terjunam di kawasan rekreasi Bukit Besar di sini, awal pagi Jumaat.
Pengurus Besar TM Terengganu Maliki Harun berkata ketika kejadian sekitar 1 pagi itu, dua kakitangan tersebut baru sahaja selesai menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual di pencawang TM yang teretak di puncak Bukit Besar.
"Kerja-kerja penyelenggaraan berjadual itu dijalankan pada 12 tengah malam sehingga 1 pagi. Setelah dua kakitangan kita yang berusia antara 30-an dan 40-an ini selesai bekerja, mereka menaiki pacuan empat roda menuruni bukit berkenaan dalam keadaan hujan yang agak lebat.
"Apabila sampai di satu lereng bukit yang telah runtuh, terdapat limpahan air yang deras daripada atas bukit melintasi jalan menyebabkan kenderaan tergelincir lalu hampir terjunam di lereng bukit tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Maliki berkata kedua-dua kakitangan tersebut berjaya menyelamatkan diri dan keluar daripada kenderaan jenis Nissan Frontier itu, sebelum mendapatkan bantuan rakan yang berada di puncak bukit.
Kedua-dua kakitangan juga tidak mengalami sebarang kecederaan dan kenderaan milik syarikat telah dialihkan pada 9 pagi Jumaat, katanya.
Beberapa foto yang memaparkan pacuan empat roda tersebut hampir terjunam di kawasan tanah runtuh turut tular di media sosial sejak pagi Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022
Foto tular menunjukkan kenderaan pacuan empat roda yang hampir terjunam di Bukit Besar, Terengganu. - Foto Instagram/@fit.terengganu
Penyelenggaraan berkala atasi masalah banjir di Sabah - Jeffrey
"Penyelenggaraan yang dijalankan tiga kali setahun dengan kos RM40 juta tidak mencukupi bagi memastikan sistem perparitan berfungsi dengan baik."
Ancaman penipuan dalam talian, keselamatan siber tumpuan hari pertama perbahasan Titah Agong
Kerajaan dicadang tubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani isu penipuan kewangan dalam talian termasuk pelaburan dan penawaran peluang pekerjaan.
Budaya pandang sebelah mata kepada kesengsaraan Palestin perlu dibendung - MAPIM
Budaya tidak cakna dan meletakkan sempadan kepada kesengsaraan rakyat Palestin perlu dibendung.
AWANI 7:45 [4/2/2025] – Imbangi Kesan Harga Beras | 85 Peratus Tidak Terkesan | Perkhidamatan Tambahan KTM Komuter | Harga Prihatin
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Harga lantai belian padi, subsidi diumum minggu depan
- Tarif elektrik naik Julai ini, tapi 85% rakyat tidak terkesan
- Harga kasih sayang, ibu bapa serbu premis jual baju sekolah
- WHO tidak temukan kaitan guna telefon bimbit dengan kanser
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Harga lantai belian padi, subsidi diumum minggu depan
- Tarif elektrik naik Julai ini, tapi 85% rakyat tidak terkesan
- Harga kasih sayang, ibu bapa serbu premis jual baju sekolah
- WHO tidak temukan kaitan guna telefon bimbit dengan kanser
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.
Projek ECRL capai kemajuan lebih 78 peratus setakat Januari - Amir Hamzah
Tahap kemajuan jajaran fasa pertama dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak selari dengan jadual ditetapkan iaitu pada Disember 2026.
AWANI Ringkas: Kes pelawak, netizen hina Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 4 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 4 Februari 2025
1️⃣ Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum
2️⃣ Kes pelawak, netizen hina Islam
3️⃣ Jumlah kemalangan, angka kematian menurun
#awaniringkas
1️⃣ Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum
2️⃣ Kes pelawak, netizen hina Islam
3️⃣ Jumlah kemalangan, angka kematian menurun
#awaniringkas
Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.
Pembantu tadbir kewangan ditahan buat tuntutan palsu RM20,000
Suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di sini, kira-kira 10 pagi hari ini.
Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.
Jalan ke Kapit terputus akibat tanah runtuh - Nanta
Jalan Song/Sipan-Temalat ditutup kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh yang memutuskan hubungan jalan raya dari Kanowit ke Song hari ini.
Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Miri ditemukan
Komander operasi menyelamat berkata mayat wanita warga emas itu berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian pada 6.26 petang.
Tanah runtuh Kampung Lereng Bukit: Satu lagi mayat mangsa ditemukan tertimbus
Satu lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di bandar raya Miri awal pagi tadi, ditemukan kira-kira 8.55 pagi.
Banjir: Mangsa di Sarawak meningkat, tanah runtuh ragut satu nyawa, empat masih hilang
Sebanyak 14 PPS dibuka di seluruh Sarawak, melibatkan daerah Kuching, Serian, Bintulu, Miri, Siburan, Tatau, Bau dan Simunjan.
Tanah runtuh Kampung Lereng Bukit: Tiga mangsa ditemui, seorang maut
Dua mangsa pertama iaitu seorang remaja perempuan dan perempuan dewasa ditemui selamat sekitar jam 4.55 pagi.
Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.
Lencongan di kawasan tanah runtuh Jalan Belaga Menjawah - Nanta
Pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Belaga Menjawah, Sarawak, yang dilaporkan berlaku pada 10.31 pagi tadi.
Tanah runtuh di Pekalongan, Jawa Tengah ragut 16 nyawa, tiga lagi hilang - BNPB
Kejadian di Kampung Kasimpar, Petungkriyono itu mengakibatkan dua rumah tertimbus, dua jambatan musnah, dan beberapa kenderaan dihanyutkan.
Tanah runtuh, jalan utama Genting Highlands tidak terjejas - OCPD Bentong
Akses ke pusat peranginan itu melalui jalan utama Genting Highlands kekal terbuka sepenuhnya kepada orang awam dan tidak terjejas.