KUALA NERUS:Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja nyah kuman secara menyeluruh dilakukan susulan seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.
Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata penutupan itu melibatkan semua kampus iaitu Kampus Gong Badak, Kampus Perubatan dan Kampus Besut selama tiga hari bermula esok.
"Dalam tempoh penutupan itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan seperti biasa secara dalam talian bagi memastikan keselamatan pelajar dan kakitangan.
"Sebagai langkah kawalan, UniSZA telah memutuskan supaya semua kakitangan bekerja dari rumah bermula 5 hingga 7 Okt bagi membolehkan aktiviti disinfeksi (dijalankan) secara menyeluruh," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata arahan ini membabitkan semua operasi pentadbiran kecuali kakitangan dalam perkhidmatan penting seperti keselamatan, kesihatan, kewangan, hal ehwal pelajar dan kolej kediaman tertakluk kepada kelulusan Naib Canselor.
Hassan Basri berkata kakitangan yang positif COVID-19 mempunyai sejarah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu menaiki kapal terbang yang juga dinaiki seorang individu yang pulang dari Sabah dan individu itu kemudian disahkan positif virus berbahaya tersebut.
Susulan kes itu juga, seramai 14 kakitangan UniSZA yang dikenal pasti sebagai kontak rapat pesakit tersebut telah diletak di bawah perintah pengawasan dan kuarantin oleh Kementerian Kesihatan.
Warga UniSZA lain yang mempunyai kontak dengan kakitangan yang dikuarantin juga telah diarah menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu bermula 2 Okt bagi mengelak penularan dalam kampus.
"Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Mac lalu, UniSZA telah mengambil langkah menangguhkan semua program bersemuka sehingga keadaan kembali reda.
"UniSZA juga menggerakkan pasukan kaunseling terlatih dan unit kebajikan yang aktif membantu kakitangan serta keluarga yang terjejas," katanya.
Beliau berkata pada masa ini, terdapat 584 pelajar yang berada di kampus dan pihaknya memberi jaminan akan memastikan segala keperluan serta kebajikan mereka terpelihara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 04 2020

UniSZA ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja nyah kuman dilakukan susulan seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19. - Gambar fail

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Siswazah penghidap penyakit jantung raih Anugerah Pelajaran Diraja UniSZA
Penerima Anugerah Pelajaran Diraja UniSZA, Nur Aufa Johan tidak menjadikan penyakit jantung sebagai halangan untuk beliau meraih kecemerlangan.

Sultanah Terengganu titah UniSZA tumpu agenda mahasiswa seimbang kemajuan digital, sosial
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bertitah supaya Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memberi tumpuan kepada agenda melahirkan generasi seimbang.

'Minta maaf tak dapat hadir konvokesyen, situasi di Palestin amat bahaya'
Hasrat seorang graduan Palestin untuk menerima skrol PhD tidak kesampaian apabila beliau tidak dapat menghadiri majlis konvokesyennya di UniSZA.

Graduan nikah, konvokesyen hari sama
Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin itu pada awalnya dijadualkan bernikah Mei ini.

17 kes positif COVID-19 dikesan, UniSZA tutup 14 hari
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Gong Badak, Kuala Nerus di tutup selama 14 hari susulan penularan COVID-19 dikawasan berkenaan.

COVID-19: Pelajar UniSZA diarah jalani ujian saringan
Hebahan mengenai arahan itu telah dikeluarkan kepada semua pelajar yang ada di kampus dan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

IJN tawar perkhidmatan rawatan kardiovaskular di Pantai Timur
Hasil kerjasama antara IJN dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Hospital Pengajar UniSZA akan mula beroperasi secara rasmi pada suku pertama tahun depan.

Satu lagi sekolah di Terengganu ditutup selepas pelajar positif COVID-19
Penutupan sekolah tersebut adalah bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit dan membolehkan kerja membasmi kuman dijalankan.

COVID-19: Dua lagi sekolah di daerah Kuala Nerus diarah ditutup sementara
Dua buah lagi sekolah di daerah Kuala Nerus diarahkan ditutup sementara bermula hari ini sehingga 11 Oktober depan.

Kakitangan positif COVID-19, UniSZA ditutup sementara
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja nyah kuman secara menyeluruh dilakukan susulan seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.