PERAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun berdepan detik cemas selain terpaksa menahan kesakitan selepas kaki kanannya tersangkut dalam lubang tandas di rumahnya di Taman Kimsar di sini, hari ini.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd Hirman Mat Rodzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada ahli keluarga mangsa pada pukul 12.55 tengah hari.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai bergegas ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa.
Sebaik tiba anggota mendapati kaki kanak-kanak itu tersangkut dalam lubang tandas jenis mencangkung.
"Anggota bomba menggunakan peralatan khas selain syampu sebagai bahan pelincir untuk memudahkan proses mengeluarkan kaki mangsa.
'Kaki kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan 15 minit kemudian dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan difahamkan mangsa mahu menggunakan tandas namun secara tidak sengaja kakinya termasuk ke dalam lubang dan tidak dapat dikeluarkan" katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Operasi ditamatkan pada pukul 1.16 tengah hari.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Jul 12 2021
![Kaki kanak-kanak 4 tahun tersangkut dalam mangkuk tandas Kaki kanak-kanak 4 tahun tersangkut dalam mangkuk tandas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81626080412_KAKIBUDAKTAHUNT.jpg)
Anggota bomba menggunakan peralatan khas selain syampu sebagai bahan pelincir untuk memudahkan proses mengeluarkan kaki mangsa. - Gambar ihsan Bomba
KKM ingatkan APHM tumpu kepada pay for outcome
Pemilik dan pemain industri kesihatan swasta khususnya Persatuan Hospital Swasta (APHM) mengambil kira menyediakan perkhidmatan untuk menampakkan hasil dan bukan menyediakan perkhidmatan tertumpu kepada kemudahan semata.
Penubuhan National Health Fund bertujuan kumpul sumber pembiayaan dirancang -KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penubuhan dana kesihatan negara dengan izin National Health Fund yang diuruskan secara telus, efisien dan berintegriti sedang dipertimbangkan untuk mengumpul pelbagai sumber pembiayaan yang dirancang.
Keperluan memperkukuh infrastuktur sumber peralihan tenaga - Pakar
Peningkatan kapasiti grid dan teknologi storan tenaga menjadi fokus utama Malaysia dalam menghadapi cabaran kestabilan tenaga dan mewujudkan landskap tenaga yang lebih berkesan. Artikel ini mengulas strategi dan inisiatif kerajaan dalam membangunkan infrastruktur yang kritis untuk menyokong pertumbuhan sumber tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan bergantung kepada sumber tradisional seperti arang.
Malaysia komited capai Matlamat Pembangunan Lestari PBB – NGA
Malaysia komited untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs) serta mengutamakan kesejahteraan rakyatnya.
![WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran' WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721190179_tbWhatsApp.jpg)
WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran'
Anda boleh melabelkan beberapa rakan-rakan atau ahli keluarga di bawah label berkenaan, dan seterusnya berhubung dengan mereka dengan lebih pantas berbanding yang lain.
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![Kaki kanak-kanak 4 tahun tersangkut dalam mangkuk tandas Kaki kanak-kanak 4 tahun tersangkut dalam mangkuk tandas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81626080412_KAKIBUDAKTAHUNT.jpg)
Kaki kanak-kanak 4 tahun tersangkut dalam mangkuk tandas
Anggota bomba menggunakan peralatan khas selain syampu sebagai bahan pelincir untuk memudahkan proses mengeluarkan kaki mangsa.
![Bomba selamat kanak-kanak tersangkut pada cabang pokok Bomba selamat kanak-kanak tersangkut pada cabang pokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51592620818_kanakkanak.jpg)
Bomba selamat kanak-kanak tersangkut pada cabang pokok
Seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun melalui detik cemas apabila kakinya tersangkut pada cabang batang pokok selama lebih sejam di Kampung Pida 3, dekat Jitra, Kedah, pada malam Jumaat.