JOHOR BAHRU: Seorang suri rumah meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan adik lelakinya berstatus orang kurang upaya (OKU) yang hilang selepas keluar dari kediaman mereka di Felda Sungai Tiram di sini sejak Jumaat lalu.
Syarifah Masnan, 30, berkata, adiknya, Salman Syah, 25, keluar dari rumah mereka pada jam 6 petang tanpa pengetahuan ahli keluarganya.
Dia berkata, keluarganya sehingga kini masih gagal mengesan anak keempat daripada tujuh beradik itu.
"Hari ini genap seminggu Salman keluar rumah, kami bimbang dengan keselamatannya kerana sejak kecil dia sering diserang sawan hampir setiap minggu dan masih bergantung kepada ubat.
"Dia keluar rumah ketika ibu kami sedang bersembahyang, kebetulan ketika itu ahli keluarga lain juga tiada di rumah kerana berurusan di luar," katanya ketika ditemui pemberita pada Jumaat.
Menurut Syarifah, ahli keluarganya sudah mencari Salman di sekitar kawasan Ulu Tiram selain bertanyakan kepada penduduk namun hampa.
Katanya, Salman juga tidak memiliki telefon bimbit untuk dihubungi dan pada hari kejadian memakai baju bewarna gelap serta seluar coklat.
Kata Syarifah lagi, Salman sebelum ini kerap keluar rumah namun akan pulang semula.
"Pertuturan Salman kurang jelas dan dia juga mudah lupa kerana mengalami masalah sawan sejak kecil. Sudah tujuh hari dia tidak makan ubat, kami semakin bimbang memikirkan keselamatannya," ujarnya.
Bimbang dengan keadaan Salman katanya, keluarganya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini Jumaat lalu.
Keluarganya berharap orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan Salman menghubungi talian 019-6378854 atau balai polis berhampiran. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 13 2023
Salman Syah, 25, keluar dari rumah keluarganya pada jam 6 petang Jumaat lalu tanpa pengetahuan ahli keluarganya. - Gambar/ Sinar Harian
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Kakak rayu bantu cari adik OKU hilang
Seorang suri rumah meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan adik lelakinya berstatus orang kurang upaya (OKU) yang hilang selepas keluar dari kediaman mereka di Felda Sungai Tiram.
'Tolong jejaki Muhammad Ridzuan, sudah 50 jam dia hilang' - Bapa remaja OKU
Bapanya mempersoalkan mengapa anaknya itu membawa beg sekolah bersama beberapa helai pakaian termasuk kad pengenalan dan kad OKU.