SEREMBAN: Kajian pelarasan gaji penjawat awam mungkin mengambil masa enam hingga lapan bulan sebelum dapat diselesaikan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan kajian itu kemudiannya akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan.
Menurutnya, sebarang keputusan berkaitan peningkatan gaji kakitangan awam akan tertakluk kepada hasil dalam negara.
Tegas beliau, sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membuat kajian sebegitu.
“Sepatutnya kaji setiap 10 tahun. Kajian terakhir (pada) 2012.
"Tetapi tidak ada jawatankuasa... sekarang sudah 2023. Sepatutnya 2020 patut mula jawatankuasa, keputusan 2021 dan laksanakan 2022.
“Kadang-kadang kawan-kawan saya di sebelah sana cakap, bising-bising, hingar bingar ini sibuk soal apa?
“Saya tak kata saya tak sibuk tetapi saya tanya bila skim terakhir? Tahun 2012. Kenapa tak ada kajian? Kerana jemaah menteri tak bangkitkan,” katanya.
Anwar turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri sebelum ini yang tidak memulakan kajian pelarasan gaji penjawat awam pada tahun 2020.
“Apakah tidak boleh dikaji? Boleh. Apakah tidak boleh dinaikkan sedikit? Harus.
“Tetapi janganlah buat kajian naik gaji menteri, RM4,000, naik gaji cikgu RM40. Ini jadi masalah negara,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Guru-Guru peringkat Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban pada Khamis.
Turut hadir, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Pada 13 Julai lalu, Perdana Menteri dilaporkan berkata, skim gaji penjawat awam akan disaran dinaikkan secara berperingkat berdasarkan keupayaaan ekonomi negara.
Menurutnya, cadangan itu akan dikemukakan dalam mesyuarat dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamad sebelum Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos ini.
Ridauddin Daud
Thu Jul 27 2023
![Kajian pelarasan gaji penjawat awam ambil masa enam ke lapan bulan - PM Anwar Kajian pelarasan gaji penjawat awam ambil masa enam ke lapan bulan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690450210_AnwarIbrahim.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Apresiasi Guru-Guru Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Elaun khas penjawat awam sebelum pelarasan gaji wajar dipertimbang Elaun khas penjawat awam sebelum pelarasan gaji wajar dipertimbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680597117_penjawatawam.jpg)
Elaun khas penjawat awam sebelum pelarasan gaji wajar dipertimbang
Komitmen Kerajaan MADANI bagi menambah baik skim upah lebih adil dan munasabah kepada penjawat awam sedikit melegakan 1.6 juta petugas di seluruh negara.
![Jurang gaji kakitangan awam ketara, perlu tumpuan serius - Musa Ali Jurang gaji kakitangan awam ketara, perlu tumpuan serius - Musa Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702312165_TBMusaAli.jpg)
Jurang gaji kakitangan awam ketara, perlu tumpuan serius - Musa Ali
Jurang pendapatan kakitangan awam menyaksikan perbezaan ketara dan seharusnya diberikan tumpuan serius.
![Kajian pelarasan gaji penjawat awam ambil masa enam ke lapan bulan - PM Anwar Kajian pelarasan gaji penjawat awam ambil masa enam ke lapan bulan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690450210_AnwarIbrahim.jpg)
Kajian pelarasan gaji penjawat awam ambil masa enam ke lapan bulan - PM Anwar
Kajian pelarasan gaji penjawat awam mungkin mengambil masa enam hingga lapan bulan sebelum dapat diselesaikan.