KUALA LUMPUR: Bahagian Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Kementerian Ekonomi sedang dalam perancangan melakukan kajian Pelan Tindakan Strategik Pengangkutan Awam bagi memantapkan lagi sektor itu.
Pengarahnya, Hidah Misran berkata, pada fasa permulaan, kajian itu akan akan berfokus kepada penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang sebelum diperluaskan ke lokasi-lokasi lain.
"Dalam hubungan ini, antara perkara yang akan kita fokus adalah mengenai travel demand survey untuk melihat keperluan pengguna termasuk berapa hentian yang diperlukan pengguna dan perkara-perkara yang boleh dipenuhi pengangkutan awam berkenaan.
"Pada masa sama, kajian juga akan terarah kepada keperluan orang kurang upaya (OKU) dan golongan istimewa seperti ibu dan anak kecil serta warga emas," katanya kepada Agenda AWANI dalam perbincangan bertajuk KSP RMke-12: Pengukuhan infrastruktur dan jaringan pengangkutan negara, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, kata Hidah, meskipun kajian tersebut berfokus kepada pengangkutan awam yang bersifat penumpang, namun memandangkan penghantaran barang secara fizikal semakin berkurangan, maka kajian itu juga akan melihat pada keberkesanan perkhidmatan penghantaran makanan, minuman dan bungkusan menggunakan motosikal atau parcel hailing (p-hailing), dan Grab yang menyumbangkan ke arah peningkatan data berpusat.
Menyentuh mengenai aplikasi PULSE yang dibangunkan pada 2022, beliau berkata, ia membantu pengguna untuk merancang perjalanan mereka.
"Aplikasi itu memberi maklumat-maklumat mengenai jadual-jadual perjalanan pengangkutan awam seperti Rapid, transit aliran ringan (LRT) , Monorail dan Transit Aliran Massa (MRT) di mana boleh didapati di bandar-bandar besar seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kuantan.
"Cuma untuk menambah baik data, kita memerlukan data masa nyata di mana ia perlu melihat pada taburan pengguna bagi membolehkan kita menyusun satu sistem pengangkutan awam.
"Namun demikian, untuk data ini berdaya saing dalam memberi sumbangan kepada pengukuhan pengangkutan awal, ia perlu juga dikongsikan dalam bentuk data raya yang mana agensi-agensi yang mempunyai data berkenaan berkongsi sesama sendiri," ujarnya.
Astro Awani
Fri Sep 29 2023

Pada fasa permulaan, kajian itu akan akan berfokus kepada penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang sebelum diperluaskan ke lokasi-lokai lain. - Gambar fail/Astro AWANI
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kajian Pelan Tindakan Strategik Pengangkutan Awam mantapkan pengangkutan awam negara
Bahagian Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Kementerian Ekonomi sedang dalam perancangan melakukan kajian Pelan Tindakan Strategik Pengangkutan Awam bagi memantapkan lagi sektor itu.