Kementerian Pendidikan (KPM) akan membentangkan kajian impak pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) yang bertujuan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik pada Januari 2019.
Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, kajian yang lebih komprehensif sedang dijalankan kementeriannya dalam menilai pelaksanaan program tersebut.
Jelasnya, pada tahun 2017, KPM telah membuat pemantauan pencapaian murid DLP dalam dua fasa.
Fasa pertama melibatkan perbandingan antara pencapaian murid dalam peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris akhir tahun 2016 dan pencapaian dalam peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris tahun 2017.
"Hasilnya, seramai 36.28 peratus murid sekolah rendah menunjukkan peningkatan dalam keputusan Bahasa Inggeris manakala untuk sekolah menengah, 46.44 peratus murid telah menunjukkan peningkatan.
"Fasa kedua melibatkan perbandingan antara pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pertengahan tahun 2017 dan peperiksaan akhir tahun 2017 bagi mengesan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk tahun semasa.
"Hasil daripada perbandingan tersebut, didapati seramai 55.82 peratus murid sekolah rendah dan 57.23 peratus murid sekolah menengah telah menunjukkan peningkatan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
"Kesinambungan daripada pemantauan tersebut, KPM sedang menjalankan kajian impak DLP yang lebih komprehensif. Dapatan kajian dijangka akan diperoleh dan dibentangkan pada Januari 2019," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang bertanyakan berkenaan impak pelaksanaan DLP kepada sekolah yang melaksanakan program tersebut.
Menjawab berkenaan mekanisme yang digunakan KPM dalam menentukan pemilihan sekolah bagi melaksanakan DLP, Nie Ching berkata sekolah yang berhasrat untuk melaksanakan program itu perlu memenuhi empat kriteria.
Ia termasuk sumber yang mencukupi; kesediaan pengetua atau guru besar dan guru, peralatan, buku teks, bilik darjah; permintaan dan sokongan daripada ibu bapa, dan pencapaian sekolah di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Malah, program tersebut katanya terbuka kepada semua sekolah termasuk di luar bandar dan tidak terhad kepada sekolah yang cemerlang dalam Bahasa Inggeris.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Nov 26 2018

Nie Ching berkata sekolah yang berhasrat untuk melaksanakan program itu perlu memenuhi empat kriteria. - BERNAMA
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.
Trump mahu pulihkan hubungan dengan Jong-Un
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyuarakan hasratnya untuk memulihkan hubungan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, yang terjalin semasa penggal pertamanya sebagai presiden.

Pemaparan harga ubat bukan bertujuan kawal harga, beri akses maklumat kepada pengguna - Armizan
Perintah pemaparan harga ubat di klinik dan hospital swasta berkuat kuasa 1 Mei depan bukan bertujuan mengawal harga ubat.

Sultan Pahang cadang Desa Kayangan di Brinchang jadi tarikan pelancong
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya Kampung Desa Kayangan di Brinchang di sini dijadikan Kampung Melayu yang menjadi tarikan pelancong.
Polis tembak mati tiga penjenayah warga asing di Sepang
Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing yang dikategorikan sebagai ganas dan bahaya menerusi Op Rantau di Desa Vista, Sepang, awal pagi Jumaat. #AWANInews
Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bagi semua pelajar menjelang tahun 2035.

Laksanakan reformasi dasar, institusi dengan cepat, guna kaedah berkesan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan formasi dasar serta institusi di negara ini dilakukan dengan cepat dan menggunakan pelbagai kaedah yang lebih berkesan.

PM Anwar mahu KPM beri penekanan penguasaan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris
Perdana Menteri mahu KPM memberikan penekanan terhadap penguasaan tiga subjek utama pendidikan iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Ramai warga Malaysia lupa bahasa ibunda, cenderung berbahasa Inggeris - Warga Jerman
Michael Luebke gusar dengan segelintir masyarakat Malaysia yang dilihat kurang menjunjung budaya dan identiti mereka.

Kamus Braille dwibahasa, bantu OKU penglihatan pelajari bahasa
Kamus Braille dwibahasa yang pertama di negara itu, bakal memberi manfaat kepada golongan OKU penglihatan dan guru-guru yang mengajarnya.

Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.

Tok Pa lancar kelas tuisyen bahasa Inggeris untuk anak-anak Jeli
Sebagai permulaan, seramai 180 orang pelajar sekolah rendah membabitkan 21 buah sekolah dari Tanah Merah dan Jeli akan mengikuti kelas tambahan bermula esok.

Memahami proses pemilihan pinjaman bahasa - DBP
Terdapat sebuah jawatankuasa di DBP yang bertanggungjawab dalam mencari setiap istilah atau perkataan baharu dalam bahasa Melayu.

Keperibadian Tan Sri Arshad jadikan Melayu sedia kuasai bahasa Inggeris - Sultan Perak
Titah baginda, ia termasuk kaedah pengajaran yang dapat memberikan nilai tambah dan membantu penguasaan ilmu.

Empat tahun tewas akibat gugup, Mohd Arfaizal akhirnya muncul juara pidato
Pegawai di Jabatan Operasi Kredit Bank Muamalat Malaysia Bhd itu mengakui musuh utamanya sepanjang penyertaan dalam pidato adalah gugup pentas.