KUALA LUMPUR: Sekitar 82 peratus rakyat Malaysia optimis tahun ini akan menjadi lebih baik berbanding 2021 dan akan menyaksikan lebih banyak langkah pemulihan diambil. 

Berdasarkan kajian dijalankan firma penyelidikan pasaran Ipsos Sdn Bhd (Ipsos), rakyat Malaysia dilihat lebih optimis berbanding masyarakat global lain.

Keyakinan ini antara peratusan yang tertinggi berbanding masyarakat negara lain.

China di tempat pertama dengan 94 peratus, diikuti India 83 peratus, di mana rakyatnya optimis tahun 2022 akan lebih menyinar berbanding tahun 2021.

Malaysia berada di kedudukan ketiga dengan 82 peratus, bersama Australia.

Dalam pada itu, 75 peratus rakyat Malaysia setuju ekonomi global akan kembali mengukuh pada 2022 berbanding 2021.

Sementara itu, 77 peratus rakyat Malaysia berpandangan tahun 2021 adalah tahun 'malap' untuk negara.

Kajian yang dijalankan membabitkan 22,023 orang di 30 pasaran, termasuk 500 individu di Malaysia.

Pengarah Bersekutu dan Perhubungan Awam Ipsos, Lars Erik Lie berkata tahun 2021 sebelum ini dilihat menyaksikan kemelut kesihatan, COVID-19 beransur pulih setelah program vaksinasi bermula.

Namun ia tidak seperti diharapkan dengan lonjakan kes di seluruh dunia. 

Jelasnya, tahun 2022 dijangka lebih baik.


[TERKINI] IPSOS 82 peratus rakyat Malaysia optimis 2022 akan lebih baik