Perkahwinan campur antara masyarakat pelbagai kaum berikutan hubungan akrab masyarakat sejak sekian lama telah melahirkan dan mewujudkan generasi hibrid di Sarawak.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, perkahwinan campur antara masyarakat pelbagai kaum di negeri ini sudah menjadi perkara biasa dan masyarakat negeri ini didapati lebih unik.
Menurutnya, ini secara langsung mengeratkan lagi hubungan serta perpaduan dalam kalangan mereka.
"Satu perkara baik dalam budaya kita ialah banyak perkahwinan campur, Cina berkahwin dengan Melayu, Melayu kahwin Cina, Cina kahwin Dayak, Iban kahwin Bidayuh dan banyak lagi.
"Hasil perkahwinan campur ini maka wujudlah generasi yang saya panggil orang hibrid Sarawak," katanya semasa jamuan malam Harmonious Night Gala anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan 7 Klan di sini malam tadi.
Ketua Menteri berkata, masyarakat luar kagum melihat keunikan dan perpaduan kaum di Sarawak di mana setiap kaum yang berbeza dari segi budaya dan kepercayaan agama boleh bekerja bersama macam satu keluarga.
"Seorang wanita yang berkedudukan tinggi dari semenanjung datang berjumpa saya tiga hari lepas dan memaklumkan beliau sangat kagum dengan perpaduan kaum di negeri ini sambil mengesyorkan Sarawak dijadikan model yang patut dicontohi orang semenanjung," jelasnya.
Beliau berkata, Abang Johari berkata, Dr. Michio Kaku (ahli futuris dan fizik teori) manyatakan bahawa Sarawak memiliki semua ramuan untuk membangun seperti negara lain di dunia menjelang tahun 2030.
Kenyataan Kaku itu menurut beliau adalah pengiktarafan akan kemampuan yang dimiliki Sarawak.
Kerajaan Negeri mengurus Sarawak dengan seimbang dalam semua aspek di samping melihat keperluan setiap rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2019
Perkahwinan campur antara masyarakat pelbagai kaum di Sarawak sudah menjadi perkara biasa dan masyarakat negeri ini didapati lebih unik. - Gambar hiasan
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Kahwin campur lahir generasi hibrid di Sarawak - Abang Johari
Perkahwinan campur antara masyarakat pelbagai kaum di negeri ini sudah menjadi perkara biasa dan masyarakat negeri ini didapati lebih unik.