Mulai 15 Okt, 18 syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang akan mengenakan kadar baharu bagi laluan tol, dengan kenaikan antara 10 sen dan RM3.
Kadar baharu itu membabitkan Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK), Lebuhraya SMART, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuhraya Cheras-Kajang (CKE/Grand Saga), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB).
Jurucakap ANIH Berhad berkata kadar tol baharu KLK di Plaza Tol Gombak adalah RM6 (kelas satu), RM12 (kelas dua), RM18 (kelas tiga), RM3 (kelas empat) manakala kelas lima kekal RM5.
"Bagi Plaza Tol Bentong pula, kelas satu RM3.50, kelas dua RM7, kelas tiga RM10.50, kelas empat RM1.80, dan kelas lima masih kekal RM3," katanya sepertimana dipetik Bernama, di sini, hari ini.
Kelas satu adalah untuk kereta, kelas dua bagi lori kurang daripada satu tan, kelas tiga lori besar dan treler, kelas empat teksi dan kelas lima untuk bas.
Sementara itu bagi MEX, Maju Expressway Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata kadar tol baharu bagi Plaza Tol Salak Selatan adalah RM2 (kelas satu), RM4 (kelas dua), RM6 (kelas tiga), RM1 (kelas empat) dan RM1.50 (kelas lima).
Kadar baharu bagi Plaza Tol Putrajaya ialah RM3.50 (kelas satu), RM7 (kelas dua), RM10.50 (kelas tiga), RM1.80 (kelas empat) dan RM2.50 (kelas lima).
Dalam pada itu, SILK Holdings Berhad berkata kadar tol baharu bagi SILK adalah RM1.80 (kelas satu), RM3.60 (kelas dua), RM5.40 (kelas tiga), 90 sen (kelas empat) dan RM1 (kelas lima).
Bagi DUKE, Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd mengumumkan, kadar tol baharu bagi Plaza Tol Ayer Panas, Plaza Tol Sentul Pasar dan Plaza Tol Kampung Batu ialah RM2.50 bagi kelas satu, RM3.80 (kelas dua), RM5 (kelas tiga), RM1.30 (kelas empat) dan kekal RM1.30 bagi kelas lima.
Sementara itu Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd turut mengumumkan kadar tol baharu bagi Terowong SMART ialah RM3.
Bagi LATAR pula, KL-Kuala Selangor Expressway Berhad mengumumkan kenaikan kadar tol baharu bagi lebuh raya itu melibatkan Plaza Tol Ijok, Plaza Tol Kuang Timur, Plaza Tol Kuang Barat dan Plaza Tol Templer iaitu RM2.50 bagi kelas pertama, RM5 (kelas dua), RM7 (kelas tiga), RM1.30 (kelas empat) manakala kelas
lima kekal pada RM2.
Dalam pada itu, BESRAYA (M) Sdn BHD turut mengumumkan penyelarasan struktur kadar tol di Plaza Tol Mines (Utara dan Selatan) iaitu RM2 bagi kelas pertama, RM4 (kelas dua), RM4 (kelas tiga), dan RM2 (kelas empat) manakala kelas lima kekal pada RM1.30.
Bagi NPE pula, New Pantai Expressway Sdn Bhd dalam kenyataan mengumumkan kadar tol baharu bagi Plaza Tol Pantai Dalam dan Plaza Tol PJS5 bagi kelas pertama ialah RM2.30, RM4.60 (kelas dua), RM6.90 (kelas tiga), RM1.20 (kelas empat) dan kelas lima kekal pada RM1.60.
"Bagi Plaza Tol PJS2, kadar tol baharu bagi kelas pertama kekal pada RM1, manakala kelas dua (RM4.60), kelas tiga (RM6.90), kelas empat (RM1.20) dan kelas lima kekal pada RM1.60," menurut kenyataan itu.
Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan kadar tol di plaza kendaliannya naik antara 10 sen dan RM1.60.
Pengurus Besar LLB, Adnan Ariffin berkata, kadar baru tol bagi kelas pertama di Plaza Tol Perai, adalah RM1.50 berbanding RM1.30, kelas kedua RM3.00 berbanding RM2.60, dan kelas tiga RM4.50 berbanding RM3.60.
Di Plaza Tol Bagan Ajam, kadar tol bagi kelas pertama adalah RM1.50 berbanding RM1.20, kelas kedua RM3.00 berbanding RM2.60 dan kelas tiga RM4.50 berbanding RM3.60.
Sementara di Plaza Sg Nyior, kadar baru tol bagi kelas pertama adalah RM1.20 berbanding 70 sen, kelas kedua RM2.40 berbanding RM1.00 dan kelas tiga RM3.60 berbanding RM2.00.
Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa kadar tol di semua lapan lebuh raya kendalian Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) kekal.
Kementerian Kerja Raya, dalam perkembangan berkaitan, dipetik agensi berita itu sebagai berkata bahawa penyelarasan kadar tol yang bermula Khamis ini hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar sahaja.
Kali terakhir kadar tol dinaikkan adalah pada 1 Mac 2009 melibatkan PLUS, SPRINT, AKLEH, BESRAYA dan NPE manakala tiada kenaikan oleh syarikat konsesi tol lain sejak 2008.
Astro Awani
Tue Oct 13 2015
![Kadar tol 18 lebuh raya naik mulai Khamis Kadar tol 18 lebuh raya naik mulai Khamis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81444637796_TOLSESAK.jpg)
18 syarikat konsesi lebuh raya hari ini mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM3 berkuat kuasa Khamis ini.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![AS International Half Marathon: Lebuhraya AKLEH, SUKE ditutup sementara mulai 5 petang esok AS International Half Marathon: Lebuhraya AKLEH, SUKE ditutup sementara mulai 5 petang esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41632400610_Prolintas.jpg)
AS International Half Marathon: Lebuhraya AKLEH, SUKE ditutup sementara mulai 5 petang esok
Semua laluan yang ditutup akan dibuka semula kepada pengguna bermula 2.01 pagi 4 Feb.
![Pengguna Lebuhraya GCE, AKLEH boleh bayar tol guna kad bank Pengguna Lebuhraya GCE, AKLEH boleh bayar tol guna kad bank](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694744046_lebuhrayagceakle.jpg)
Pengguna Lebuhraya GCE, AKLEH boleh bayar tol guna kad bank
Alternatif baharu pembayaran tol itu boleh digunakan oleh pengguna kenderaan Kelas 1 (kereta).
![Kenderaan mewah ditahan 45 kali culas bayar tol Kenderaan mewah ditahan 45 kali culas bayar tol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673281652_elakbayartol.jpg)
Kenderaan mewah ditahan 45 kali culas bayar tol
Tindakan sebuah kenderaan mewah yang didapati tidak membayar tol membawa padah apabila ditahan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) di sini pada Isnin.
![AKLEH, DUKE antara jalan utama ditutup sempena KLSCM 2022 AKLEH, DUKE antara jalan utama ditutup sempena KLSCM 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41667927646_marathonrun.jpg)
AKLEH, DUKE antara jalan utama ditutup sempena KLSCM 2022
Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), antara jalan utama akan ditutup sempena larian Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2022.
![Kadar tol lebuh raya AKLEH, GCE, LKSA dan Kajang SILK turun 8 - 15 peratus Kadar tol lebuh raya AKLEH, GCE, LKSA dan Kajang SILK turun 8 - 15 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666190604_Prolintas.jpg)
Kadar tol lebuh raya AKLEH, GCE, LKSA dan Kajang SILK turun 8 - 15 peratus
Pengurangan kadar tol ini membabitkan kenderaan Kelas Satu, Kelas Empat dan Kelas Lima di empat lebuh raya terbabit.
![Seorang maut, lima cedera dalam kemalangan di AKLEH Seorang maut, lima cedera dalam kemalangan di AKLEH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51622128503_eksidenakleh.jpg)
Seorang maut, lima cedera dalam kemalangan di AKLEH
Seorang lelaki maut manakala lima lagi cedera apabila kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 5.7 Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).
![Padah ulang kesalahan aksi 'wheelie,' lelaki ditahan kali kedua Padah ulang kesalahan aksi 'wheelie,' lelaki ditahan kali kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621269174_penunggangmotosikal.jpg)
Padah ulang kesalahan aksi 'wheelie,' lelaki ditahan kali kedua
Semakan mendapati individu berkenaan pernah ditahan kerana melakukan kesalahan sama pada 2018.
![Diskaun tol 20 peratus Lebuhraya AKLEH sepanjang April Diskaun tol 20 peratus Lebuhraya AKLEH sepanjang April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81439959386_AKLEH.jpg)
Diskaun tol 20 peratus Lebuhraya AKLEH sepanjang April
Diskaun tol itu ditawarkan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 bermula 5 pagi hingga 8 pagi, setiap Isnin dan Jumaat.
![Saya akan pastikan Kampung Baru terus milik orang Melayu - Johari Saya akan pastikan Kampung Baru terus milik orang Melayu - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51524745825_DatukSeriJohari.jpg)
Saya akan pastikan Kampung Baru terus milik orang Melayu - Johari
Johari turut menyelar tindakan pihak-pihak tertentu yang mengatakan Kampung Baru tidak membangun walaupun sudah berusia 118 tahun.
![Krismas: Diskaun 20 peratus bagi Lebuhraya AKLEH, GCE dan LKSA Krismas: Diskaun 20 peratus bagi Lebuhraya AKLEH, GCE dan LKSA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81439959386_AKLEH.jpg)
Krismas: Diskaun 20 peratus bagi Lebuhraya AKLEH, GCE dan LKSA
Pemberian diskaun itu bermula 6 pagi pada 25 Disember hingga 6 pagi 26 Disember kepada semua pengguna kenderaan kelas satu yang membuat bayaran secara elektronik.