Pengguna Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) akan menikmati diskaun tol sebanyak 20 peratus iaitu pengurangan kepada RM2 berbanding kadar asal RM2.50, sepanjang bulan April.
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), pemegang konsesi lebuh raya berkenaan, dalam satu kenyataan berkata diskaun tol itu ditawarkan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 bermula 5 pagi hingga 8 pagi, setiap Isnin dan Jumaat.
"Tawaran ini diharap dapat membantu mengurangkan kos perjalanan pengguna Lebuhraya AKLEH dan sekali gus menarik lebih ramai pemandu menggunakan lebuh raya tersebut terutama penduduk dari kawasan Ulu Klang, Bukit Antarabangsa, Taman Melawati, Keramat, Wangsa Maju, Ampang dan sekitarnya.
"Pemberian diskaun ini juga bagi menggalakkan pengguna Lebuhraya AKLEH merancang perjalanan bagi mengurangkan keadaan trafik yang sesak di waktu puncak sebelah pagi," menurut kenyataan tersebut.
Pengguna Lebuhraya AKLEH boleh mendapat maklumat lanjut di Twitter @AKLEHtrafik, laman sesawang rasmi www.prolintas.com.my, Facebook PROLINTAS Highways atau menghubungi talian bebas tol 1-300-88-1012.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2019

Pemberian diskaun ini bagi menggalakkan pengguna Lebuhraya AKLEH merancang perjalanan bagi mengurangkan keadaan trafik yang sesak di waktu puncak sebelah pagi. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Malaysia gesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India
Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dalam beberapa bidang utama. Ia termasuk keselamatan siber, tadbir urus digital, perdagangan serta pembangunan mampan sejajar keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan keterangkuman dan kemampanan.
Vietnam kaji semula duit terhadap barangan AS
Vietnam sedang mengkaji semula duti terhadap barangan Amerika Syarikat termasuk gas asli cecair, produk pertanian, dan produk teknologi tinggi.
Thailand perlu turunkan cukai import ke atas barangan AS
Sebuah Kumpulan perniagaan Thailand menggesa Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra untuk berunding dengan Amerika Syarikat bagi menurunkan cukai import ke atas barangan dari negara barat itu
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.

Salah identiti: Mahkamah benar wang jaminan RM1 juta dikembalikan kepada ahli perniagaan
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan warga Indonesia agar wang RM1 juta yang dibayar sebagai jaminan dikembalikan kepadanya.
Desas-desus Sri Mulyani letak jawatan tidak benar
Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati belum ada cadangan untuk meletak jawatan dari Kabinet Prabowo, kata Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Indonesia, Sufmi Dasco Ahmad
Pakar PBB beri amaran krisis makanan di Myanmar semakin parah
Myanmar berdepan krisis makanan pada tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dengan keadaan yang semakin merosot menjejaskan hak asasi manusia di seluruh negara itu, menurut PBB.h

AS International Half Marathon: Lebuhraya AKLEH, SUKE ditutup sementara mulai 5 petang esok
Semua laluan yang ditutup akan dibuka semula kepada pengguna bermula 2.01 pagi 4 Feb.

Pengguna Lebuhraya GCE, AKLEH boleh bayar tol guna kad bank
Alternatif baharu pembayaran tol itu boleh digunakan oleh pengguna kenderaan Kelas 1 (kereta).

Kenderaan mewah ditahan 45 kali culas bayar tol
Tindakan sebuah kenderaan mewah yang didapati tidak membayar tol membawa padah apabila ditahan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) di sini pada Isnin.

AKLEH, DUKE antara jalan utama ditutup sempena KLSCM 2022
Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), antara jalan utama akan ditutup sempena larian Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2022.

Kadar tol lebuh raya AKLEH, GCE, LKSA dan Kajang SILK turun 8 - 15 peratus
Pengurangan kadar tol ini membabitkan kenderaan Kelas Satu, Kelas Empat dan Kelas Lima di empat lebuh raya terbabit.

Seorang maut, lima cedera dalam kemalangan di AKLEH
Seorang lelaki maut manakala lima lagi cedera apabila kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 5.7 Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

Padah ulang kesalahan aksi 'wheelie,' lelaki ditahan kali kedua
Semakan mendapati individu berkenaan pernah ditahan kerana melakukan kesalahan sama pada 2018.

Diskaun tol 20 peratus Lebuhraya AKLEH sepanjang April
Diskaun tol itu ditawarkan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 bermula 5 pagi hingga 8 pagi, setiap Isnin dan Jumaat.

Saya akan pastikan Kampung Baru terus milik orang Melayu - Johari
Johari turut menyelar tindakan pihak-pihak tertentu yang mengatakan Kampung Baru tidak membangun walaupun sudah berusia 118 tahun.

Krismas: Diskaun 20 peratus bagi Lebuhraya AKLEH, GCE dan LKSA
Pemberian diskaun itu bermula 6 pagi pada 25 Disember hingga 6 pagi 26 Disember kepada semua pengguna kenderaan kelas satu yang membuat bayaran secara elektronik.