KUALA LUMPUR: Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA), THE FUTURE, mengunjurkan kadar pengangguran akan terus menurun dan mencapai keadaan stabil menjelang tahun 2025.
Kadar pengangguran pada tahun 2025 dijangka mencapai sekitar 3.4 peratus, mencecah paras pra-pandemik.
Menurut pakar ekonomi EU-ERA, Muhammad Anas Nabil Al-Fattah Muhammad Yazid, anggaran ini diperoleh hasil tindak balas unjuran sisi permintaan dan penawaran buruh melalui model unjuran pasaran buruh jangka panjang di peringkat nasional.
"Permodelan unjuran ini mengambil kira faktor penentu utama termasuklah pertumbuhan ekonomi, tingkat pendapatan dan perubahan demografi.
"Pemulihan pasaran buruh yang berterusan memberi harapan kepada ekonomi negara dan menunjukkan prospek positif masa depan," tambah beliau dalam satu kenyataan pada Rabu.
Hasil unjuran ini sejajar dengan kadar pengangguran sebenar tahun 2022 berdasarkan Laporan Survei Tenaga Buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Isnin.
Pasaran buruh mengalami pemulihan signifikan pada 2022 dengan kadar pengangguran lebih rendah iaitu 3.9 peratus dan guna tenaga yang lebih tinggi.
Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, bilangan penganggur menurun ke 630,400 orang berkurang sebanyak 14 peratus dengan mencatatkan 630,400 orang berbanding 2021 sebanyak 733,000 orang.
"Tenaga buruh di Malaysia bertambah sebanyak 1.4 peratus kepada 16.02 juta orang berbanding 2021 sebanyak 15.80 juta orang," ujar beliau.
Nabilah Khaleeda
Wed Aug 02 2023
Kadar pengangguran pada tahun 2025 dijangka mencapai sekitar 3.4 peratus, mencecah paras pra-pandemik. - Gambar hiasan
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Belanjawan 2024: Cerminan komitmen kerajaan perkasa pasaran buruh negara - Perkeso
Kerajaan mencerminkan tekad untuk memangkin pertumbuhan pekerjaan baharu menerusi enam inisiatif akan dilaksanakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam Belanjawan 2024.
PAPSMA hairan isu pengambilan pekerja asing masih belum selesai
Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) hairan apabila difahamkan tiada perkembangan terkini mengenai perjanjian membuka semula pasaran buruh antara Malaysia dan Bangladesh.
Pasaran buruh makin baik, pengangguran terus menurun - Mustapa
Sebilangan besar sektor ekonomi juga terus mencatat peningkatan guna tenaga sejak Jun 2020.