KUALA LUMPUR: Kadar insiden kemiskinan tegar di Sabah dianggarkan sekitar enam kali ganda berbanding peratusan di peringkat nasional.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, insiden kemiskinan tegar di negeri itu masih berada pada tahap yang tinggi iaitu 1.2 peratus berbanding kadar kemiskinan nasional 0.2 peratus berdasarkan Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi dan Kemudahan Asas 2022.
Memberitahu Dewan Rakyat, beliau berkata Tongod menjadi daerah yang merekodkan kadar insiden kemiskinan tegar paling tinggi di negeri itu iaitu sebanyak 5.9 peratus.
Selain Tongod, tujuh lagi daerah yang dikategorikan termiskin di Sabah ialah Beluran (5 peratus); Pintas (4.8 peratus); Kinabatangan (4.6 peratus); Kota Marudu (4 peratus); Tuaran (2.6 peratus); Ranau (2.4 peratus); serta Lahad Datu (2.4 peratus).
"Jadi kita boleh bandingkan bagaimana keadaan di seluruh negara hanya lah 0.2 peratus dari segi insiden kemiskinan tegar, tetapi di Sabah (kadarnya) lebih kurang enam kali ganda lebih tinggi daripada kadar nasional.
"Tetapi mengambil kira di lapan daerah termiskin itu, kadar itu melebihi 10 kali ganda. Sebab itu kerajaan, saya sudah maklumkan salah satu sebab mengapa kita meluncurkan PADU (Sistem Pangkalan Data Utama) kerana kita tahu, kita tak boleh lagi bergantung seperti kaedah lama, iaitu menunggu orang miskin datang kepada kita," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) yang meminta menyatakan jumlah keseluruhan miskin tegar di Malaysia dan lapan daerah di Sabah dikategorikan termiskin di Malaysia setakat Januari 2024 berbanding Januari 2023.
Selain itu, Mohd Shafie turut meminta menyatakan inisiatif serta bantuan yang diberikan kepada mereka dan program-program ini akan dipantau sehingga golongan tersebut berjaya keluar daripada julat pendapatan miskin tegar.
Menjawab lanjut, Rafizi (PH-Pandan) berkata langkah jangka panjang yang sedang dilakukan ialah menstruktur semula ekonomi dan menambah infrastruktur di Sabah bagi meningkatkan hasil ekonomi penduduk.
"Kalau jangka masa pendek kita sedia maklum seperti Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah dan subsidi itu terus ditingkatkan.
"Bagi jangka masa sederhana, di bawah bidang kuasa yang mana sebahagiannya diusahakan oleh Kementerian Ekonomi, kita mewujudkan program-program penjanaan pendapatan terutama secara berskala besar dan berkomuniti," katanya lagi.
Pada September 2022, media melaporkan lapan daerah termiskin di Sabah ialah Tongod, Pitas, Telupid, Beluran, Kota Merudu, Kota Belud, Kudat dan Nabawan.
Dalam pada itu, Rafizi berkata di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), kementerian dengan kerjasama Kerajaan Sabah memberi tumpuan kepada sektor pertanian bagi membantu golongan miskin di negeri itu.
Jelas beliau, dalam tempoh setahun Program Usahawan Tani (INTAN), Kerajaan Sabah memberikan tanah berkeluasan 504 ekar kepada seramai 390 keluarga miskin tegar di lapan daerah termiskin bagi mengusahakan pertanian.
Hasimi Muhamad
Thu Mar 14 2024
![Kadar miskin tegar di Sabah enam kali ganda berbanding nasional, Tongod daerah termiskin Kadar miskin tegar di Sabah enam kali ganda berbanding nasional, Tongod daerah termiskin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710393624_RafiziRamliDewan.jpg)
Rafizi berkata Tongod menjadi daerah yang merekodkan kadar insiden kemiskinan tegar paling tinggi di negeri Sabah iaitu sebanyak 5.9 peratus - Foto JaPen
![Aktiviti penipuan penjualan minyak masak dalam talian masih berlaku - KPDN Aktiviti penipuan penjualan minyak masak dalam talian masih berlaku - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707561071_AzmanAdam.jpg)
Aktiviti penipuan penjualan minyak masak dalam talian masih berlaku - KPDN
Aktiviti penipuan penjualan minyak masak paket secara dalam talian didapati masih lagi berlaku berdasarkan pemantauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
![Tabung Solidariti Bersama Selangor FC kumpul lebih RM76,000 Tabung Solidariti Bersama Selangor FC kumpul lebih RM76,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720010562_AmirudinShari.jpg)
Tabung Solidariti Bersama Selangor FC kumpul lebih RM76,000
Jumlah keseluruhan Tabung Solidariti Bersama Selangor FC yang bermula 26 Jun 2024 sehingga 2 Julai ditutup dengan sumbangan berjumlah RM76,490.06.
![Garis panduan tadbir urus, etika AI diedarkan dalam masa terdekat - Gobind Garis panduan tadbir urus, etika AI diedarkan dalam masa terdekat - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719478739_GobindSinghDeo.jpg)
Garis panduan tadbir urus, etika AI diedarkan dalam masa terdekat - Gobind
Kerajaan akan mengedarkan Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan (AI) Negara kepada masyarakat umum dalam masa terdekat.
![Pendidikan Islam: Daurah Hadis 40 Imam Nawawi pupuk kefahaman guru Pendidikan Islam: Daurah Hadis 40 Imam Nawawi pupuk kefahaman guru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720012916_TBHadis.jpg)
Pendidikan Islam: Daurah Hadis 40 Imam Nawawi pupuk kefahaman guru
Daurah Hadis 40 Imam Nawawi diharap dapat meningkatkan kefahaman guru pendidikan Islam berkaitan Hadis 40 Imam Nawawi.
![Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024 Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719992977_MKulasegaran.jpg)
Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024 yang bertujuan meluaskan kuasa Ketua Audit Negara bagi memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain.
![2,579 kesalahan tiada lesen memandu dikesan JPJ Sabah pada Operasi Aidiladha 2,579 kesalahan tiada lesen memandu dikesan JPJ Sabah pada Operasi Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720005001_JPJSabah.jpg)
2,579 kesalahan tiada lesen memandu dikesan JPJ Sabah pada Operasi Aidiladha
Kesalahan tiada CDL sebanyak 2,579 yang berjaya dikesan adalah kesalahan tertinggi direkodkan Operasi Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) yang dilaksanakan JPJ Negeri Sabah antara 10 hingga 30 Jun lepas.
![Proton jual 10,999 unit kenderaan pada Jun, tempat kedua dalam jualan automotif Proton jual 10,999 unit kenderaan pada Jun, tempat kedua dalam jualan automotif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707108299_TBProtonjpg.jpg)
Proton jual 10,999 unit kenderaan pada Jun, tempat kedua dalam jualan automotif
Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) menjual sebanyak 10,999 unit kenderaan pada Jun, domestik dan eksport untuk mengekalkan kedudukan kedua dalam jualan automotif.
AWANI 7:45 [03/07/2024] - Penjelasan penjualan MAHB | Mahkamah tolak permohonan Najib | Aliff Aziz, Ruhainies didakwa | Debaran EURO 2024 semakin hampir
#AWANI745 malam ini bersama Jasmine Abu bakar;
1. Tidak ada syarikat milik Israel boleh berurusan di Malaysia
2. Perkara rahsia, jangan dikongsi, atau berdepan digantung tugas
3. Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tidak salah berkhalwat
4. Siapa bakal mara? Jerman, Sepanyol, Perancis? Atau mungkin England?
1. Tidak ada syarikat milik Israel boleh berurusan di Malaysia
2. Perkara rahsia, jangan dikongsi, atau berdepan digantung tugas
3. Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tidak salah berkhalwat
4. Siapa bakal mara? Jerman, Sepanyol, Perancis? Atau mungkin England?
AWANI Ringkas: Lelaki didakwa bunuh ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Kementerian bincang dengan KWSP pertingkat manfaat pengamal media di hari tua - Fahmi Kementerian bincang dengan KWSP pertingkat manfaat pengamal media di hari tua - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720004945_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian bincang dengan KWSP pertingkat manfaat pengamal media di hari tua - Fahmi
Kementerian Komunikasi sedang meneliti beberapa perkara termasuk mengadakan perbincangan dengan KWSP untuk meningkatkan manfaat yang boleh dinikmati pengamal media di hari tua.
![Kadar miskin tegar di Sabah enam kali ganda berbanding nasional, Tongod daerah termiskin Kadar miskin tegar di Sabah enam kali ganda berbanding nasional, Tongod daerah termiskin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710393624_RafiziRamliDewan.jpg)
Kadar miskin tegar di Sabah enam kali ganda berbanding nasional, Tongod daerah termiskin
Tongod menjadi daerah yang merekodkan kadar kemiskinan tegar paling tinggi di Sabah iaitu sebanyak 5.9 peratus.