BANGI: Kadar Kesuburan Jumlah (KKJ) bagi wanita di Malaysia terus menurun sejak lima dekad lepas dan jika trend ini berterusan, dijangka kadar pertumbuhan tahunan penduduk kekal menurun hingga mencecah paras 0.7 peratus pada 2050.
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Maziah Che Yusoff berkata, KKJ di Malaysia telah menurun dengan pesat daripada 6.7 anak bagi seorang wanita pada 1957 kepada 4.0 anak pada 1980, 3.0 anak (2000), 2.1 anak (2010) dan 1.7 anak (2021).
"Antara faktor utama penurunan KKJ adalah disebabkan penangguhan perkahwinan atau berkahwin lewat yang menyebabkan tempoh reproduktif menjadi lebih pendek, kecenderungan untuk mempunyai saiz keluarga yang kecil atas pelbagai punca seperti kemampuan kewangan dan masalah ketidaksuburan atas sebab kesihatan.
"Penurunan kadar kesuburan ini sekali gus mempercepat proses penuaan penduduk di Malaysia dan dijangka 15 peratus penduduk Malaysia adalah berusia 60 tahun ke atas pada 2030," katanya semasa menyampaikan ucapan secara dalam talian sempena Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2022 (PERKKS 22), di sini, hari ini.
KKJ merujuk kepada purata bilangan anak yang akan dilahirkan sekiranya seseorang wanita terus hidup hingga akhir tempoh umur reproduktifnya iaitu antara usia 15 hingga 49 tahun.
Maziah berkata, sekiranya kadar kesuburan terus menurun dan tiada intervensi diambil bagi menangani keadaan ini, penduduk Malaysia akan mencapai jumlah maksimum penduduk seramai 46 juta orang pada 2071 sebelum mengalami penguncupan penduduk pada 2072, yang akan menyebabkan kekurangan sumber tenaga kerja menjadi lebih serius sehingga menjejaskan pembangunan negara.
Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan sangat mengalu-alukan lebih banyak penemuan penyelidikan terutama dalam bidang kependudukan dan kekeluargaan untuk dijadikan input bagi membangunkan dasar, intervensi dan program berasaskan bukti yang benar-benar berkesan.
Mengenai PERKKS 22, Maziah berkata, penganjurannya tepat pada masanya dan merupakan satu daripada aktiviti bagi meraikan Bulan Keluarga Kebangsaan, yang kini dikenali sebagai Bulan Keluarga Malaysia.
"Dengan tema 'Pemerkasaan Penduduk dan Keluarga, Teras Negara Maju', saya berharap agar segala perkongsian baharu dan bermanfaat oleh para penyelidik akan membantu memperkukuh bidang penyelidikan kependudukan dan kekeluargaan dalam negara dan seterusnya input-input ini dapat dimanfaatkan untuk pembangunan dasar dan perancangan inisiatif dan program yang benar-benar efektif," katanya.
PERKKS 22 yang berlangsung hari ini dan esok dianjurkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bersama-sama United Nations Population Fund Malaysia serta Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya. - BERNAMA
Bernama
Thu Nov 10 2022

Kadar Kesuburan Jumlah (KKJ) bagi wanita di Malaysia terus menurun sejak lima dekad lepas dan jika trend ini berterusan, dijangka kadar pertumbuhan tahunan penduduk kekal menurun hingga mencecah paras 0.7 peratus pada 2050. - Gambar hiasan
Keterlanjuran, salah guna kuasa menyukarkan usaha kerajaan
Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang keterlanjuran salah guna kuasa, rasuah, dan pengkhianatan akan menyukarkan usaha Kerajaan MADANI untuk merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.
Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai pada Sabtu.
Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan beberapa menteri lain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Kadar kesuburan jumlah wanita Malaysia terus menurun
Kadar kesuburan menurun daripada 6.7 anak bagi seorang wanita pada 1957, 4.0 anak (1980), 3.0 anak (2000), 2.1 anak (2010) dan 1.7 anak (2021).