Negeri Terengganu mencatatkan kadar kemalangan jalan raya paling rendah dalam ‘Ops Selamat II’ yang akan berakhir pada 17 Februari ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata, statistik menunjukkan hasil positif dengan penurunan lima peratus kadar kemalangan di negeri terbabit.
Salleh berkata, ‘Ops Selamat’ kali ini menekankan aspek tertentu kepada pengguna jalan raya dan mengurangkan tindakan undang-undang.
Ini termasuk memberi nasihat, bimbangan dan petunjuk kepada pesalah jalan raya.
Bagaimanapun, polis tidak berkompromi dengan pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan termasuk melanggar lampu isyarat, memandu laju, dan memotong garisan berkembar sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya.
Polis juga memberi penekanan kepada penunggang motorsikal yang terus menyumbang kepada kadar kemalangan maut yang tertinggi.
Salleh berkata, statistik penuh ‘Ops Selamat’ berkenaan hanya akan didedahkan sehingga ia berakhir pada Ahad depan.
Sementara itu katanya, PDRM akan memberi 50 anugerah kepada pemandu paling berhemah sepanjang tempoh ‘Ops Selamat’.
Anugerah membabitkan 30 penunggang motorsikal , 10 pemandu bas dan pemandu kereta yang akan dipilih secara rawak.
Majlis pengumuman akan dibuat pada 20 Februari ini.
Astro Awani
Mon Feb 11 2013
PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN
Individu yang dipanggil menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 perlu hadir melapor diri dan memohon penangguhan jika mempunyai halangan berbuat demikian.
PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain
Kajian menunjukkan kebanyakan negara menggunakan uniform celoreng tentera berbanding uniform seragam alternatif.
Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB
20 juta daripada 30 juta orang positif HIV di seluruh dunia bergantung kepada bantuan AS untuk mendapatkan rawatan.
Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen
Jabatan Imigresen berjaya merampas RM3.6 juta dan menahan 10 warga asing dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield.
Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melakukan perjalanan ke DRC dinasihatkan agar menangguhkan rancangan perjalanan mereka.
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.
AWANI Ringkas: Gangguan seksual polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
#Ringkas 8 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 Februari 2025
1️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
2️⃣ Polis sahkan terima laporan aktivis pelajar
3️⃣ Penjualan pelbagai aset bernilai AS$7.4 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
2️⃣ Polis sahkan terima laporan aktivis pelajar
3️⃣ Penjualan pelbagai aset bernilai AS$7.4 bilion
#awaniringkas
Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD
Polis telah menerima satu laporan pengadu berkaitan ketidakpuasan hati di atas tingkah laku anggota polis.
Kadar kemalangan paling rendah semasa 'Ops Selamat II'
Negeri Terengganu mencatatkan kadar kemalangan jalan raya paling rendah dalam Ops Selamat II yang akan berakhir pada 17 Februari ini.
PDRM akan bertindak jika ada campur tangan asing PRU13
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak jika terdapat campur tangan pihak asing semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.