PUTRAJAYA: Kadar fi untuk mencetak Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) di Semenanjung akan diturunkan dari RM50 kepada RM20 berkuatkuasa hari ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, bayaran VOC di Sabah RM25 juga akan diturunkan kepada RM20 manakala kadar fi RM5 di Sarawak dikekalkan.
"Penyelarasan ini bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan kadar fi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak," ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar berkaitan status pelaksanaan permit kemasukan kenderaan motor asing ke Malaysia (VEP), penurunan kadar fi bagi mencetak sijil pemilikan kenderaan (VOC) dan tempoh pemeriksaan berkala kenderaan institut memandu di Kementerian Pengangkutan di sini pada Isnin.
Sementara itu, Anthony berkata, kekerapan pemeriksaan berkala untuk kenderaan sekolah memandu akan turunkan dari setiap enam bulan kepada setahun bagi kenderaan yang berumur 10 tahun dari tarikh pendaftaran.
"Bagi kenderaan atas 10 tahun, pemeriksaan adalah setiap enam bulan," ujar beliau.
Menurutnya, pengecualian pemeriksaan berkala juga akan diberikan kepada kenderaan baharu sekolah memandu yang berumur tidak lebih tiga tahun.
"Dasar ini menggalakkan sekolah memandu menyediakan kenderaan lebih baharu untuk digunakan oleh calon," katanya.
Pada perkembangan berbeza, Anthony berkata, sejumlah 23,649 permohonan pendaftaran permit kemasukan kenderaan motor asing (VEP) telah diterima antara 28 Mei sehingga 29 Jun.
"Jumlah ini melebihi permohonan keseluruhan bagi tahun lalu iaitu 15,424," katanya.
Bagi tempoh sama, beliau berkata, 6210 tag VEP telah dikeluarkan kepada pemohon manakala 1,080 tag telah diaktifkan.
"Penerima diingatkan untuk mengaktifkan tag tersebut dengan memuatnaik gambar nombor pendaftaran kenderaan bersama tag yang telah dilekatkan di https://vepams.jpj.gov.my.
"Tag VEP tidak sah sekiranya tidak diaktifkan," jelas beliau.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 01 2024
![Kadar fi cetak Sijil Pemilikan Kenderaan kini RM20 Kadar fi cetak Sijil Pemilikan Kenderaan kini RM20](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719821141_AnthonyLoke.jpg)
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengadakan sidang media di kementeriannya hari ini. - Foto Bernama
!['Adalah memalukan jika tiada identiti, semangat budaya dalam seni bina' - PM 'Adalah memalukan jika tiada identiti, semangat budaya dalam seni bina' - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719994055_TBAnwarIbrahim.jpg)
'Adalah memalukan jika tiada identiti, semangat budaya dalam seni bina' - PM
Selain aspek kecanggihan teknologi, pembangunan tidak boleh menyisihkan keperluan masyarakat dan ia perlu mempunyai rangka serta dasar yang jelas.
Tragedi Genting Highlands: Pemandu bas persiaran mengaku tidak salah
Seorang pemandu bas persiaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Raub atas dua pertuduhan memandu secara berbahaya dan tiada lesen memandu sehingga menyebabkan kematian dua pelancong China di Jalan Genting Highlands, Bentong, pada 29 Jun.
![Festival Boria Pulau Pinang 12 hingga 14 Julai Festival Boria Pulau Pinang 12 hingga 14 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719994148_TBBORIA.jpg)
Festival Boria Pulau Pinang 12 hingga 14 Julai
Festival Boria Pulau Pinang yang dijadual berlangsung pada 12 hingga 14 Julai ini bakal menyajikan keaslian persembahan kebudayaan itu.
"Pemimpin DAP juga ada memohon tanah di Kelantan" - Ahli Parlimen Pendang
Dewan gamat sekali lagi apabila Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim mendakwa ada pemimpin DAP yang memohon tanah di Kelantan dan ia sekaligus menimbulkan persoalan kepada Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.
![AUG 2024: Kem olahraga jana emas lagi AUG 2024: Kem olahraga jana emas lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719990311_TBUNIESA.jpg)
AUG 2024: Kem olahraga jana emas lagi
Kem olahraga negara meneruskan momentum kilauan pingat emas dalam temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya Malang 2024 pada Rabu.
![EURO 2024: Jude Bellingham akui gol cantik Cristiano Ronaldo jadi inspirasi EURO 2024: Jude Bellingham akui gol cantik Cristiano Ronaldo jadi inspirasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719783357_JudeBellingham.jpg)
EURO 2024: Jude Bellingham akui gol cantik Cristiano Ronaldo jadi inspirasi
Bellingham mengakui ketika dia berada di udara, dia membandingkan dirinya dengan bekas penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.
![Kilang kitar semula proses plastik terpakai jadi pelet makanan ikan kena serbu Kilang kitar semula proses plastik terpakai jadi pelet makanan ikan kena serbu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719992146_TBNikNazmi.jpg)
Kilang kitar semula proses plastik terpakai jadi pelet makanan ikan kena serbu
JAS Kedah berjaya membongkar operasi sebuah kilang kitar semula yang disyaki memproses plastik terpakai menjadi pelet makanan ikan dalam serbuan di sebuah premis di daerah Kuala Muda pada Rabu.
![Kerajaan baharu Belanda angkat sumpah, lebih 220 hari selepas pilihan raya Kerajaan baharu Belanda angkat sumpah, lebih 220 hari selepas pilihan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719985995_TBDickSchoof.jpg)
Kerajaan baharu Belanda angkat sumpah, lebih 220 hari selepas pilihan raya
Kerajaan baharu Belanda secara rasmi mengangkat sumpah pada Selasa, lebih 220 hari selepas pilihan raya umum pada November lepas.
![Liputan 5G di kawasan berpenduduk kini 81.7 peratus - Teo Liputan 5G di kawasan berpenduduk kini 81.7 peratus - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719917992_TBTeoNieChing.jpg)
Liputan 5G di kawasan berpenduduk kini 81.7 peratus - Teo
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai tahap 81.7 peratus, dengan siapnya 7,114 tapak 5G di seluruh negara setakat ini.
![Enam bekas MP Bersatu yakin kerusi tidak akan dikosongkan Enam bekas MP Bersatu yakin kerusi tidak akan dikosongkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719991144_TBparlimen.jpg)
Enam bekas MP Bersatu yakin kerusi tidak akan dikosongkan
Enam ahli Parlimen Bersatu yang dilucutkan keahlian kerana menyokong Perdana Menteri yakin kerusi Parlimen yang disandang mereka tidak akan dikosongkan.
![Kadar fi cetak Sijil Pemilikan Kenderaan kini RM20 Kadar fi cetak Sijil Pemilikan Kenderaan kini RM20](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719821141_AnthonyLoke.jpg)
Kadar fi cetak Sijil Pemilikan Kenderaan kini RM20
Kadar fi untuk mencetak Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) di Semenanjung akan diturunkan dari RM50 kepada RM20 berkuatkuasa hari ini.