Menghabiskan masa di lautan hampir lapan jam setiap hari, namun hasil tangkapan nelayan di Kampung Sri Serbang, Bongawan sekadar cukup makan.
Kebanyakan mereka yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40) terpaksa bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Malah, pendapatan para nelayan di kampung itu semakin terjejas berikutan terdapat aktiviti bagang (sangkar tradisional) yang didakwa dilakukan nelayan luar.
Menurut Muhamad Mat Li, aduan berhubung kegiatan bagang sudah dibuat, namun ia tidak diendahkan.
“Ini masalah bagang, kalau ikutkan satu bagang hanya (diberikan) satu lesen.
“Tetapi sekarang, ratusan bagang berada di bahagian laut (Teluk) Kimanis dan pantai Bongawan,” keluhnya kepada Astro AWANI, hari ini.
Tambah Muhamad, ada segelintir dalam kalangan nelayan hanya membawa pulang tangkapan sebanyak dua kilogram (kg) sehari.
“Kalau sekarang ini kami dapat 10kg pun sudah senang hati. Kadang-kadang (hanya dapat) dua kg, dapat makan ke? Mana dapat makan kalau 2kg?” ujarnya.
Sementara itu, Berahim Muyasin yang sudah 50 tahun menjadi nelayan berkata, kegiatan bagang turut menjejaskan aktiviti perikanan di kawasan Teluk Kimanis dan Bongawan.
“Masalah nelayan sekarang, mereka (nelayan bagang) dapat ikan kecil dan besar.
”Setiap malam bagang itu sudah sampai beratus buah di Teluk Kimanis. Macam mana nak ada ikan.
“Dulu kami tidak susah macam ini jadi nelayan, kalau setakat 20 ikat (100kg) atau 15 ikat (150kg), sekarang dua ikat atau lima ikat pun susah dapat satu hari,” katanya.
Nasib nelayan semakin tersepit khususnya apabila musim tengkujuh, selain bantuan sara hidup yang telah dikurangkan berbanding sebelum ini.
Perkara itu diakui nelayan, Hussin Muyasin yang berharap agar kebajikan para nelayan lebih terbela pada masa akan datang.
“Kalau boleh (bantuan) sara hidup itu tambah-tambah lagi, dan subsidi minyak okay lagi sebab masih ada.
“Kami turun ke laut belum tentu balik (kos) minyak lagi. Ikan belum tentu dapat,” katanya.
Dianggarkan ratusan penduduk di Kampung Sri Serbang menyara hidup sebagai nelayan, selain mengusahakan homestay (inap desa).
Terdahulu, kerajaan Persekutuan mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membaik pulih prasarana dan jeti nelayan di Parlimen Kimanis.
Hasimi Muhamad
Mon Jan 13 2020
Muhamad Mat Li mendakwa ada segelintir dalam kalangan nelayan hanya membawa pulang tangkapan sebanyak dua kilogram (kg) sehari. - Astro AWANI/Hasimi Muhamad
Portal rasmi Kerajaan Melaka, Tourism Melaka akan dilengkapi 'chatbot AI'
Penggunaan teknologi AI ini bukan sahaja mempercepat komunikasi, tetapi juga memberikan sokongan lebih cekap dan berkesan.
Empangan Hidroelektrik Nenggiri mampu kawal 40 peratus banjir di Kelantan
Projek itu juga berperanan sebagai kawasan tadahan air untuk menampung jumlah hujan yang mempengaruhi kenaikan paras sungai.
Pesawah di Melaka boleh sewa dron untuk aktiviti pertanian - Exco
Muhamad Akmal berkata, perkhidmatan dron tersebut ditawarkan pada harga berpatutan sejak Jun lalu.
Perkukuh keselamatan digital, hukuman lebih berat tangani isu kanak-kanak hilang, penderaan seksual
Lee berkata isu ini memerlukan tindakan segera memandangkan statistik mendedahkan ramai kanak-kanak hilang berisiko menjadi mangsa eksploitasi.
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
"Kadang-kadang dapat 2kg, dapat makan ke?" - Nelayan
Pendapatan para nelayan di kampung itu semakin terjejas berikutan terdapat aktiviti bagang yang didakwa nelayan luar.