Kabinet Malaysia telah setuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja, atau Royal Commission of Inquiry (RCI) untuk membolehkan siasatan terperinci dapat dilakukan ke atas Bank Negara Malaysia (BNM).
Ini berikutan hasil siasatan awal Pasukan Petugas Khas (PPK) yang ditubuhkan bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh BNM sekitar 1980-an dan 1990-an.
Hari ini, PPK telah membentangkan hasil laporannya ke Kabinet dan selaras dengan mandat yang ada pada pihak-pihak yang ada, Kabinet telah bersetuju untuk menubuhkan RCI untuk menyiasat BNM berkenaan dengan isu kerugian urusniaga mata wang asing.
Sebuah kenyataan telah dikeluarkan dari Pejabat Perdana Menteri bertarikh 21 Jun yang menyatakan bahawa “penubuhan RCI ini akan membolehkan siasatan terperinci yang lebih menyeluruh dapat dilakukan berdasarkan lunas-lunas perundangan”. Kenyataan sama menyatakan juga bahawa siasatan RCI ini “dilindungi di bawah Akta 119”. Akta 119 adalah Akta Suruhanjaya Siasatan Diraja 1950, atau Commissions of Enquiry Act 1950 (Amended 1973).
Dengan siasatan dilaksanakan menggunakan Akta 119, siasatan ini akan dilindungi (immunity) oleh undang-undang.
Kenyataan tersebut menyatakan bahawa “penubuhan RCI ini juga adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan awam di mana kerugian sebenar BNM akibat urus niaga mata wang asing melibatkan rizab Negara dapat dipastikan”.
Hasil siasatan awal PPK mendapati bahawa jumlah kerugian adalah lebih besar daripada apa yang telah dilaporkan kepada Jemaah Menteri dan Parlimen. PPK juga mendapati bahawa terdapat elemen menyembunyikan fakta sebenar yang bertujuan untuk mengelirukan Jemaah Menteri dan Parlimen.
Kenyataan dari Jabatan Perdana Menteri tidak menyatakan bila tarikh penubuhan RCI akan dilaksanakan.
Ibrahim Sani
Wed Jun 21 2017
Penubuhan RCI ini juga adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan awam di mana kerugian sebenar BNM akibat urus niaga mata wang asing melibatkan rizab Negara dapat dipastikan. - Gambar fail
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.
Pertumbuhan pinjaman bank diunjur lebih perlahan jika KDNK lebih lemah daripada jangkaan - Maybank IB
Pertumbuhan pinjaman terus menjadi menyederhana pada Julai 2023 kepada 4.2% dari tahun ke tahun.