KUALA LUMPUR: Keputusan-keputusan dasar mengenai penyelarasan ekosistem keselamatan siber negara akan dibincangkan dan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Kabinet pada 19 Julai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata langkah itu menunjukkan kesungguhan dan komitmen tegas kerajaan dalam menangani cabaran keselamatan siber.
"Saya jelaskan dengan tegas di sini bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan berkompromi dalam isu berkaitan keselamatan ruang siber kita, dan tidak akan berlengah dalam hal ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang hadir mewakili Perdana Menteri merasmikan majlis berkenaan.
Keputusan untuk membawa isu itu ke Mesyuarat Kabinet dibuat selepas Anwar mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Kebangsaan pertama bulan lepas, yang membincangkan keputusan-keputusan penting dalam mengukuhkan keselamatan siber di Malaysia.
Anwar berkata mesyuarat sebulat suara mengesahkan Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA) kekal sebagai agensi pusat keselamatan siber yang melaporkan terus kepada Perdana Menteri, dengan pelbagai langkah untuk meningkatkan keselamatan siber akan disepadukan di bawah payung agensi itu.
Beliau berkata ini akan memastikan penyelarasan pusat dan membolehkan kerajaan mewujudkan strategi yang padu dan komprehensif dalam menentang ancaman siber, memperkemas usaha dan memaksimumkan keberkesanan kolektif.
Perdana Menteri berkata mesyuarat itu juga bersetuju bahawa penggubalan segera Rang Undang-undang Keselamatan Siber adalah perlu untuk memastikan rangka kerja undang-undang yang teguh dengan tadbir urus yang baik untuk menangani dengan berkesan ancaman siber yang berkembang.
"Rang Undang-undang Keselamatan Siber akan memberikan NACSA kuasa undang-undang yang jelas untuk mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan siber, sekali gus meningkatkan keberkesanan fungsi mereka.
"CyberSecurity Malaysia, sebuah syarikat yang terhad oleh jaminan dan yang turut memainkan peranan penting dalam mengukuhkan ekosistem keselamatan siber di Malaysia, akan diletakkan di bawah NACSA untuk mengelakkan pertindihan dan kekeliruan," tambahnya.
Sementara itu, Anwar berkata pemeliharaan keselamatan ekosistem siber hanya boleh dicapai menerusi tadbir urus yang baik dan strategi yang berkesan dengan hasil yang boleh diukur, justeru kerajaan mesti memimpin melalui teladan dalam mewujudkan ekosistem siber yang selamat dan berdaya tahan.
Bagi mencapai matlamat ini, beliau berkata sektor kerajaan mesti mengukuhkan keupayaannya untuk menangani cabaran keselamatan siber, dan bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan.
Merujuk kepada CYDES 2023, Anwar berharap acara itu akan menjadi platform penting, dengan kapasiti dan pembinaan kapasiti dalam keselamatan siber akan terus dibina dan diperluaskan.
CYDES yang dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), NACSA dan Alpine Integrated Solution Sdn Bhd (Alpine), bermula hari ini sehingga 13 Julai di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), dengan tema "Membina Ketahanan Siber: Melindungi Masa Depan Digital".
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023
![Kabinet bincang, muktamad dasar pelarasan ekosistem keselamatan siber pada 19 Julai Kabinet bincang, muktamad dasar pelarasan ekosistem keselamatan siber pada 19 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683697104_CyberAttack.jpg)
Langkah itu menunjukkan kesungguhan dan komitmen tegas kerajaan dalam menangani cabaran keselamatan siber. -Gambar hiasan
![Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740001659_TBPezeshkian.jpg)
Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
![Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726966332_YusriCheLah.jpg)
Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.
![Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739845378_MALAYSIABAHRAIN.jpg)
Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.
![Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739835900_ShazryllZahiran.jpg)
Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.
![Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739787492_AbangJohari.jpg)
Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.
![PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739783426_AnwarIbrahimPMS.jpg)
PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa
Beliau menekankan pentingnya tanggungjawab bersama oleh pemimpin, guru, pendidik, dan ibu bapa demi kejayaan anak bangsa, serta mengimbau peranan besar seorang guru dan pendidik.
![Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683627512_ThaksinShinawatra.jpg)
Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.
![Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738834363_TBAnwarIbrahim.jpg)
Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
![Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739769649_ANWARIBRAHIM.jpg)
Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.
![ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739764150_ASEANAnwarIbrahim.jpg)
ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.