Seorang jurutera kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kulai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan rasuah pada tahun 2015.
Tertuduh, Azizan Mohamed Yasin, 39 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Kamarudin Kamsun.
Mengikut pertuduhan, Azizan didakwa secara rasuah menerima satu suapan sebanyak RM25,000 melalui akaun Maybank milik Zaharah Ahmad daripada Abu Bakar A.Aziz, pukul 4.03 petang 23 Oktober 2015.
Ia sebagai satu dorongan memberikan kerja-kerja menaik taraf cerun dan tempat letak kenderaan jabatan berbumbung di JKR Kulai.
Azizan didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dihukum dibawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Khazrin Haffiz Khalil manakala tertuduh diwakili peguam Azi Azmi.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan perlu menyerahkan pasport antarabangsa.
Mahkamah menetapkan 22 Mei ini untuk sebutan semula kes.
Terdahulu , Azizan turut didakwa atas kesalahan sama melibatkan jumlah suapan RM19,750 pada 13 Jun tahun lalu.
Astro Awani
Tue Apr 24 2018
Azizan (dua dari kanan) turut didakwa atas kesalahan sama melibatkan jumlah suapan RM19,750 pada 13 Jun tahun lalu. - Foto Astro AWANI
Mayat pengawal keselamatan ditemukan dalam but kereta
Seorang pengawal keselamatan dipercayai dibunuh selepas mayatnya ditemukan di dalam but sebuah kereta di Sabak Bernam.
Wisma Putra nasihatkan rakyat Malaysia di Poland, Republik Czech waspada susulan banjir
Rakyat Malaysia berkunjung ke kawasan terjejas banjir di Poland dan Republik Czech dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan.
[TERKINI] Majlis perasmian Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir majlis perasmian Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia (SDG Summit 2024) di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).
Penyanyi rap AS Sean 'Diddy' ditahan berhubung dakwaan serangan
Penyanyi rap Amerika Syarikat Sean "Diddy" Combs ditahan di New York atas tuduhan serangan seksual, menurut pihak pendakwa raya pada petang Isnin
Amazon arahkan pekerja kembali bekerja di pejabat lima hari seminggu
Pekerja Amazon diarah kembali bekerja sepenuh masa di pejabat, dengan menekankan kepentingan bekerja secara bersemuka.
Ahli Parlimen PN tolak draf MoU kerana punya niat tersirat - Muhyiddin
MoU itu antaranya mengandungi satu bab khusus mengenai isu bangsa, agama dan Raja-Raja, di mana Ahli-ahli Parlimen PN dilarang untuk bersuara mengenainya.
Melaka tidak kompromi ajaran sesat - Ab Rauf
Kerajaan negeri tidak berkompromi dengan mana-mana gerakan yang melanggar tatacara dan akidah Islam.
Banjir: Bomba selamatkan 24 mangsa terperangkap di Bukit Kayu Hitam
Bomba menyelamatkan seramai 24 orang mangsa termasuk tiga kanak-kanak yang terperangkap banjir di Kampung Kubang Kayu, Bukit Kayu Hitam.
Cacian, kebencian dan angan-angan jadi hidangan Muktamar Pas ke-70 - Saifuddin Nasution
Hanya unsur cacian, kebencian dan angan-angan yang dihidangkan pemimpin Pas dalam ucapan serta resolusi sepanjang Muktamar Pas ke-70.
Hamas bersedia untuk 'perang yang panjang' di Gaza
Pejuang Palestin mempunyai sumber untuk meneruskan perjuangan menentang Israel dengan sokongan sekutu serantau yang disokong Iran, selepas hampir setahun perang di Gaza.
Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata memerlukan tekad politik daripada pihak Hamas dan Israel.
Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata memerlukan tekad politik daripada pihak Hamas dan Israel.
Jurutera kanan JKR didakwa terima suapan
Seorang jurutera kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kulai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan rasuah pada tahun 2015.
Bekas jurutera JKR didakwa rasuah
Tertuduh Azizan Mohamed Yasin, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.