GEORGE TOWN: Polis menahan seorang jurutera yang dipercayai bertindak mengasari dan menghalang polis trafik menjalankan tugas dalam kejadian di tepi Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas dekat sini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 6.30 petang semalam.
Menurutnya, siasatan mendapati lelaki berusia 51 tahun berkenaan dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis itu mengeluarkan saman terhadapnya.
"Lelaki berkenaan telah melakukan kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan anggota polis yang bertugas ketika itu bertindak mengeluarkan saman.
"Bagaimanapun lelaki itu tidak berpuas hati dengan tindakan saman tersebut telah membuat rakaman menggunakan telefon bimbitnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, anggota terbabit kemudian cuba menahan suspek kerana menghalang polis menjalankan tugas selain merampas telefon bimbitnya untuk siasatan.
Namun katanya suspek bertindak menggunakan kekerasan jenayah seterusnya berlaku pergelutan antara mereka dalam insiden itu sebelum suspek berjaya ditahan.
Susulan kejadian itu, Kamarul Rizal berkata, lelaki tersebut kini ditahan reman selama tiga hari sehingga 30 Jun ini bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 353, Seksyen 186 dan Seksyen 188 Kanun Kesiksaan.
Terdahulu tular di media sosial rakaman video berdurasi dua minit 56 saat seorang lelaki dalam keadaan marah bertindak mengasari anggota polis trafik menjalankan tugas sehingga berlaku pergelutan.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Jun 28 2022

Terdahulu tular rakaman video seorang lelaki dalam keadaan marah bertindak mengasari anggota polis trafik menjalankan tugas sehingga berlaku pergelutan. - Gambar/ Media sosial
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Jurutera ditahan lakukan kekerasan jenayah terhadap polis
Polis menahan seorang jurutera bagi membantu siasatan mengasari dan melakukan kekerasan jenayah ke atas seorang anggota polis trafik di Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas dekat sini semalam.