BUTTERWORTH: Seorang jurutera dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian dua guru lelaki pada Disember tahun lepas.
Teoh Joo Leong, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin@Ghani.
Dia didakwa memandu dalam keadaan paras alkohol di dalam badannya melebihi had ditetapkan dan menyebabkan kematian Muhammed Ahsan Mohamed Ayub, 32, dan Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi, 31, apabila terlibat dalam kemalangan pada kira-kira 2.30 pagi 16 Dis 2023 di Jalan Permatang Baru dekat sini.
Teoh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara minimum sepuluh tahun dan maksimum 15 tahun serta denda minimum RM8,000 dan maksimum RM100,000 jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurameera Shahrul Azrin menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin manakala peguam Chew Anthony memohon jumlah minimum atas alasan Teoh seorang duda dan terpaksa menanggung tiga anak masih bersekolah serta ibu bapa yang sudah tua.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mac sebagai tarikh serahan dokumen.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024

Teoh Joo Leong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian dua individu. - Foto Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Warga Perancis pandu mabuk, maki polis didenda RM10,080
Anthony Gilbert Georges Cazals, 29 membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting selepas pertuduhan dibacakan di dalam bahasa Inggeris.

Memandu dalam keadaan mabuk: Justin Timberlake mengaku salah
Mega bintang pop Justin Timberlake mengaku bersalah atas tuduhan yang dikurangkan menjadi memandu dalam keadaan mabuk dan bersetuju untuk membayar denda semasa prosiding mahkamah di New York pada Juma

Polis silap, Justin Timberlake tak mabuk sewaktu memandu - Peguam
Peguam Timberlake mendakwa polis telah tersilap kerana menahan anak guamnya yang kemudian dituduh mabuk sewaktu memandu.

Jurutera didakwa memandu ketika mabuk sehingga sebabkan kematian dua guru
Seorang jurutera dituduh memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian dua guru lelaki pada Disember tahun lepas.

Langgar pos pengawal: Penjawat awam mengaku tidak bersalah memandu ketika mabuk
Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk di hadapan Pos Pengawal Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) Ipoh.

Peniaga didenda RM5,000 memandu dalam keadaan mabuk
Seorang peniaga didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

919 pemandu mabuk ditahan tahun lepas
Kerajaan akan meneruskan usaha meminda undang-undang sedia ada berkaitan kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk.