ALOR SETAR: Seorang jurutera awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan bersubahat bersama seorang pengurus syarikat untuk menipu kakitangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Kedah bagi meluluskan pembayaran sebanyak hampir RM20,000, enam tahun lalu.
Tertuduh, Fadziyani Mohamed, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Hakim, Jean Sharmila Jesudason.
Mengikut kertas pertuduhan, Fadziyani yang merupakan bekas Ketua Unit Tentera Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah, Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, didakwa bersubahat bersama pengurus sebuah syarikat untuk menipu seorang pembantu akaun JANM Kedah.
Penipuan itu dibuat bagi meluluskan pembayaran baucar bernilai RM19,950 kepada syarikat berkenaan sebagai yuran perkhidmatan kursus latihan kakitangan pemasangan penyaman udara.
Pembayaran itu dipercayai tidak akan dibuat sekiranya kakitangan JANM tersebut tidak diperdayakan oleh mereka yang bersubahat.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 31 Mei 2019 di JANM Daerah Kota Setar dekat sini.
Kes tersebut dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Zulfadli Azharudin mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Norazam Majid.
Jika sabit kesalahan, tertuduh yang kini sudah berpindah ke Ibu Pejabat JKR di Kuala Lumpur, boleh dipenjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama.
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon agar mahkamah menetapkan kadar jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan kepada tertuduh iaitu menyerahkan passport kepada mahkamah serta perlu melapor di Pejabat SPRM terdekat, setiap bulan.
Pihak pembelaan dalam sesi mitigasi bagaimanapun memohon agar jumlah jaminan ditetapkan pada kadar minimum memandangkan gaji tertuduh sebanyak RM7,000 sebulan akan dipotong separuh setelah dituduh di mahkamah hari ini.
Tertuduh yang memohon untuk mencelah turut diberikan ruang bercakap dalam sesi rayuan.
Menurutnya, dia memiliki banyak hutang dan tidak mempunyai simpanan untuk membayar jaminan sebanyak RM30,000.
Mahkamah kemudiannya menetapkan kadar jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh turut diarahkan untuk menyerahkan pasport serta melapor diri di pejabat SPRM terdekat setiap bulan.
Mahkamah kemudian menetapkan 20 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Apr 22 2024

Tertuduh (kanan) didakwa bersubahat menipu seorang pembantu akaun JANM luluskan pembayaran hampir RM20,000, enam tahun lalu. - Gambar Astro AWANI

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Jurutera awam dituduh bersubahat penipuan pembayaran hampir RM20,000
Tertuduh didakwa bersubahat menipu seorang pembantu akaun JANM luluskan pembayaran hampir RM20,000, enam tahun lalu.