Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin ditemui mati dibunuh dengan kesan kelar di bahagian dada dan leher di sebuah kondominium di Cyberjaya, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.

Menurut Noor Azam, polis sedang menyiasat motif pembunuhan.

Beliau turut memberitahu, dua suspek masing-masing warga Nigeria dan Pakistan telah ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Siti Kharina.

"Suspek pertama wanita warga Nigeria ditahan dalam satu serbuan di Taman Damai Indah Cheras kira kira jam 3 pagi tadi

"Manakala suspek kedua lelaki warga Pakistan ditahan di sebuah rumah di Taman Sri Rampai Setapak pada hari yang sama," kata beliau dalam sidang media di sini pada Khamis.

Seorang lagi suspek warga Nigeria kini menjadi buruan polis bagi membantu siasatan.



Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Bagaimanapun, polis sedang mengesan seorang lagi suspek lelaki warga Nigeria bagi membantu siasatan.

BACA: Polis sahkan wanita dibunuh di Cyberjaya, dipercayai jururawat yang hilang