KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang jurulatih wushu kerana dipercayai melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan, Isnin lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Habibi Majinji berkata suspek berusia 30-an yang bertugas di sebuah akademi wushu di Cheras, di sini juga pernah ditahan polis daerah Kajang atas tuduhan sama baru-baru ini.
Dalam kes terkini beliau berkata suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut dalam dua kejadian berasingan awal April lepas.
"Mangsa berusia 12 dan 13 tahun itu mungkin berdiam diri ketika kejadian dan membiarkan tindak-tanduk suspek kerana menganggapnya jurulatih mereka.
"Akibat ketakutan, mangsa telah memaklumkan kepada ibu bapa masing-masing dan laporan polis telah dibuat," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mengulas mengenai modus operandi suspek, Habibi berkata suspek akan mengajak mangsa untuk menaiki keretanya selepas selesai latihan dengan alasan untuk bersiar-siar sebelum mencabul mangsa.
Suspek direman hingga esok untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).
"Ketika ini kertas siasatan hampir selesai dan polis akan merujuk pihak pendakwa raya hari ini. Arahan pertuduhan akan diperoleh secepat mungkin apabila keterangan suspek mencukupi. Kalau tidak, siasatan akan diteruskan dan reman mungkin akan bersambung.
"Namun, ia perlu diselesaikan segera bagi menjaga kebajikan mangsa yang masih di bawah umur," katanya.
Habibi berkata ketika ini mangsa dijaga keluarga masing-masing dan tidak lagi mengikuti latihan di akademi itu akibat fobia selain status penutupan akademi tersebut masih belum diputuskan.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan dilapor mengesahkan penahanan suspek berhubung kes cabul pelajarnya yang berusia 13 tahun dalam kejadian pada 11 hingga 19 Feb lepas di sekitar Taman Kajang Mewah, Kajang.
Hari ini Habibi mendedahkan terdapat empat kes melibatkan suspek yang kini sedang disiasat iaitu masing-masing dua di Kuala Lumpur dan Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022
Suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut dalam dua kejadian berasingan awal April lepas. - Gambar hiasan
Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.
Enam suspek disyaki tawar rasuah monopoli projek kerajaan selama 19 tahun ditahan
Enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah.
Trump larang 'dolar digital', AS ketinggalan dalam persaingan mata wang global
Trump menandatangani perintah eksekutif yang angtara lain melarang institusi Amerika daripada membangun, mengeluar atau menggunakan CBDC.
Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.
AWANI Ringkas: Perbicaraan kes Zayn Rayyan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Siasatan awal di tempat kejadian menemukan seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Di Sarawak, jumlah mangsa berkurangan kepada 6,160 orang berbanding 6,259 orang.
Penyelenggaraan berkala atasi masalah banjir di Sabah - Jeffrey
"Penyelenggaraan yang dijalankan tiga kali setahun dengan kos RM40 juta tidak mencukupi bagi memastikan sistem perparitan berfungsi dengan baik."
Ancaman penipuan dalam talian, keselamatan siber tumpuan hari pertama perbahasan Titah Agong
Kerajaan dicadang tubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani isu penipuan kewangan dalam talian termasuk pelaburan dan penawaran peluang pekerjaan.
Budaya pandang sebelah mata kepada kesengsaraan Palestin perlu dibendung - MAPIM
Budaya tidak cakna dan meletakkan sempadan kepada kesengsaraan rakyat Palestin perlu dibendung.
Jurulatih wushu hadapi 10 tuduhan lakukan amang seksual terhadap pelatih remaja
Seorang jurulatih wushu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 10 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun.
Jurulatih wushu ditahan disyaki cabul dua pelajar bawah umur
Polis menahan seorang jurulatih wushu kerana dipercayai melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan, Isnin lepas.
Jurulatih wushu ditahan berikutan laporan amang seksual remaja perempuan
Seorang jurulatih wushu ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan pada 11 Mei lepas.