KUANTAN: Jurulatih skuad berbasikal Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu Muhammad Muslim Marzuki maut akibat kemalangan ketika mengiringi latihan pelumba di Kilometer 52 Jalan Kuantan-Maran di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata insiden dipercayai berlaku pada 10 pagi dan Muhammad Muslim, 22, yang menunggang motosikal, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Siasatan awal mendapati motosikal mangsa telah hilang kawalan menyebabkan ia terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori," katanya ketika dihubungi di sini.
Difahamkan mangsa, yang beralamat di Bandar Permaisuri, Terengganu, mengiringi latihan pelumba dari Kuantan ke Temerloh semasa kemalangan itu berlaku.
Wan Mohd Zahari berkata kemalangan itu, yang berlaku berhampiran pondok polis Paya Bungor, menyebabkan motosikal dinaiki mangsa rosak teruk manakala lori terbabit, yang dipandu lelaki berusia 43 tahun, mengalami kerosakan di bahagian hadapan sebelah kanan.
Beliau berkata mayat Muhammad Muslim dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2023
![Jurulatih skuad berbasikal SUKMA Terengganu maut ketika iringi latihan pelumba Jurulatih skuad berbasikal SUKMA Terengganu maut ketika iringi latihan pelumba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699797386_tbMautKemalangan.jpg)
Difahamkan mangsa, yang beralamat di Bandar Permaisuri, Terengganu, mengiringi latihan pelumba dari Kuantan ke Temerloh semasa kemalangan itu berlaku. - Gambar FB Polis Trafik Kuantan
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Buruh binaan maut kereta rempuh pokok - Polis Buruh binaan maut kereta rempuh pokok - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673244867_mayatdead.jpg)
Buruh binaan maut kereta rempuh pokok - Polis
Seorang buruh tapak binaan berusia 20 tahun maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok di kilometer 69, Jalan Gua Musang-Aring, Felda Aring 6, Gua Musang, petang semalam.
![Nahas bas Jalan Kuantan-Segamat: Operasi SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka tidak terjejas Nahas bas Jalan Kuantan-Segamat: Operasi SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka tidak terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718027663_OperasiSKJeram.jpg)
Nahas bas Jalan Kuantan-Segamat: Operasi SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka tidak terjejas
Operasi Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka tidak akan terjejas dan berjalan seperti biasa esok susulan beberapa guru terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat, Rompin.
![Seorang maut, dua cedera kereta langgar pembahagi jalan Seorang maut, dua cedera kereta langgar pembahagi jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717377317_Kemalangan.jpg)
Seorang maut, dua cedera kereta langgar pembahagi jalan
Sebuah kereta Toyota Vios telah hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.
![Tiga warga Bangladesh maut akibat nahas jalan raya Tiga warga Bangladesh maut akibat nahas jalan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712762109_KemalanganKampar.jpg)
Tiga warga Bangladesh maut akibat nahas jalan raya
Tiga warga Bangladesh maut manakala seorang cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas akibat tayar pecah.
![Ibu dan anak maut dalam kemalangan di Mersing Ibu dan anak maut dalam kemalangan di Mersing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703050817_TBduaberanakmaut.jpg)
Ibu dan anak maut dalam kemalangan di Mersing
Dua beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam insiden kemalangan jalan raya bersama sebuah lori di kilometer 20, Jalan Nitar-Mersing, pada pagi tadi.
![Pemandu BMW sebabkan kematian dua guru direman Pemandu BMW sebabkan kematian dua guru direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702693645_KemalanganMaut.jpg)
Pemandu BMW sebabkan kematian dua guru direman
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kemalangan yang menyebabkan dua guru meninggal dunia di Jalan Permatang Baru, Butterworth.
![Tiga beranak maut, Perodua Alza dirempuh treler Tiga beranak maut, Perodua Alza dirempuh treler](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702602545_kemalanganmaut.jpg)
Tiga beranak maut, Perodua Alza dirempuh treler
Kejadian melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dan sebuah treler pengangkut kenderaan jenis Volvo.
![Jurulatih skuad berbasikal SUKMA Terengganu maut ketika iringi latihan pelumba Jurulatih skuad berbasikal SUKMA Terengganu maut ketika iringi latihan pelumba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699797386_tbMautKemalangan.jpg)
Jurulatih skuad berbasikal SUKMA Terengganu maut ketika iringi latihan pelumba
Jurulatih skuad berbasikal Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu Muhammad Muslim Marzuki maut akibat kemalangan ketika mengiringi latihan pelumba di Kilometer 52 Jalan Kuantan-Maran di sini hari ini.
![Israel dakwa Hamas hilang kawalan di utara Gaza Israel dakwa Hamas hilang kawalan di utara Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699491715_armytroops.jpg)
Israel dakwa Hamas hilang kawalan di utara Gaza
Andaian itu dibuat susulan dakwaan rakyat Gaza telah berpindah dari utara ke selatan Gaza.
![Warga emas maut kereta terbabas masuk longkang Warga emas maut kereta terbabas masuk longkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699153792_tbwargaemasmaut.jpg)
Warga emas maut kereta terbabas masuk longkang
Kereta dipandu lelaki berusia 64 tahun itu hilang kawalan lalu terbabas jatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira tujuh meter.