SIBU: Seorang jurujual mengalami kerugian RM43,150 selepas terperdaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian yang menjanjikan komisen lumayan.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata pada akhir September lepas, mangsa berusia lingkungan 20-an itu telah menerima tawaran kerja melalui aplikasi WhatsApp yang menjanjikan komisen sebanyak lima kali ganda.
Beliau berkata mangsa terus berhubung dengan suspek melalui aplikasi Telegram dan menyerahkan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank dan telefon.
"Suspek telah memberikan pautan jualan barangan dan mengarahkan mangsa untuk menyelesaikan 34 tugasan dengan perlu menekan simbol like, seterusnya mangsa dikehendaki membuat pembayaran barangan ke dalam akaun diberikan suspek bagi barangan yang di like oleh mangsa sendiri. Bagi mendapatkan komisen dijanjikan mangsa telah menurut semua arahan dengan membuat pindahan wang.
"Bermula dari 28 hingga 29 Okt mangsa telah membuat 17 kali pindahan wang ke dalam tujuh akaun bank tempatan bagi tujuan melengkapkan tugasan untuk mendapatkan komisen dijanjikan. Mangsa dimaklumkan komisen akan dikreditkan ke dalam akaun dalam tempoh dua hingga tiga jam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zulkipli berkata mangsa yang menyedari dirinya telah ditipu apabila mendapati tiada komisen dikreditkan ke dalam akaun terus membuat laporan polis di IPD Sibu pada 31 Okt lepas dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Sibu telah membuka kertas siastan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2023

Zulkipli berkata mangsa terus berhubung dengan suspek melalui aplikasi Telegram dan menyerahkan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank dan telefon. - Gambar fail/FB PDRM Bintulu

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Pensyarah rugi RM2,000 ditipu 'Encik Ali'
Selepas memasukkan wang itu, suspek sekali lagi meminta mangsa melakukan pindahan wang berjumlah RM3,000 ke nombor akaun sama.

Sindiket tawar khidmat pelacuran menerusi Telegram diserbu polis
Polis menahan seorang lelaki tempatan dan empat wanita warga asing kerana disyaki menawarkan kegiatan pelacuran menerusi aplikasi Telegram di sebuah hotel di Jalan Merdeka Permai, Ampang.