Seorang juruhebah stesen radio mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memiliki sepucuk pistol dan tujuh butir peluru tanpa kebenaran undang-undang, pada minggu lepas.
Abdul Aziz Mohamed Desa, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.
Juruhebah itu didakwa memiliki sepucuk senjata api jenis Walther semi auto buatan Jerman tanpa kebenaran yang sah di sisi undang-undang.
Dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971 yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat sehingga enam kali, jika sabit kesalahan.
Abdul Aziz turut didakwa memiliki tujuh butir peluru tanpa kebenaran yang sah di sisi undang-undang, dan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
BACA: Miliki sepucuk pistol dan 32 peluru, juruhebah radio popular ditahan polis
Dia dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kilometer 28, Kampung Bahagia, Sungai Siput Utara dekat sini pada kira-kira 8.30 pagi, 26 April lepas.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hasyutantee Khalil, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Hasyutantee memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan kerana ia kesalahan berat sebelum Rohaida memutuskan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.
Mahkamah menetapkan 1 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 03 2018
Lelaki berusia 47 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Sungai Siput kira-kira jam 8.30 pagi, 26 April, 2018. - Gambar fail
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Juruhebah radio mengaku tidak bersalah memiliki senjata, peluru
Abdul Aziz Mohamed Desa, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.