Isi pertemuan 40 minit dua beradik yang terpisah sejak hampir 40 tahun lalu, Kamarmahtum Abdul Wahab dan adiknya, Siti Aishah Abdul Wahab didedahkan menerusi satu temubual khas bersama The Telegraph.
Video berdurasi 4 minit 47 saat itu memaparkan Kamarmahtum berkongsi rentetan pertemuan mereka serta perasaannya ketika dan selepas pertemuan terbabit.
Kamarmahtum merasa marah, sedih dan kecewa dengan Siti Aishah yang menghilangkan diri tanpa khabar berita di London selama lebih 30 tahun. Menurutnya, Siti Aishah kelihatan tidak senang apabila melabelkan Kamarmahtum sebagai ‘meleteri’ adiknya itu.
Beliau turut memberitahu bahawa pertemuan tersebut dirasakannya mungkin adalah peluang terakhir untuk bertemu kerana dia tidak lagi akan berpeluang untuk ke United Kingdom bertemu Siti Aishah kecuali adiknya itu pulang ke Malaysia.
“Apa yang penting untuk Siti Aishah adalah dia menghabiskan apa yang dilakukan, yang mana saya tidak tahu apakah ia kerana dia begitu perahsia,” ujar Kamarmahtum.
Bekas guru itu turut meminta Siti Aishah untuk menulis sesuatu bagi membuktikan pertemuan mereka kerana mereka tidak dibenarkan untuk mempunyai bukti gambar.
Di atas permintaan itu, Siti Aishah menulis bahawa dia gembira dapat bertemu kakaknya serta dia mungkin akan kembali suatu hari nanti dan merindui semua di kampung. Siti Aishah turut berkata “jumpa nanti dalam masa terdekat” di mana Kamarmahtum merasakan ianya sebagai sesuatu yang positif.
“Siti Aishah kelihatan begitu rapat dengan mereka,” ujar Kamarmahtum apabila polis yang mengawal Siti Aishah menghalang beliau daripada mengekori Siti Aishah.
“Saya ada kawan beragama, saya ada secukupnya dan kawan-kawan saya memberi saya makan,” kata Siti Aishah ketika Kamarmahtum bertanya tentang agama dan keperluan adiknya itu.
Menurut Kamarmahtum, ekoran dari pernyataan tersebut, beliau merasakan seolah-olah Siti Aishah cuba untuk memberitahu bahawa dia mampu hidup tanpa keluarganya seperti mana yang telah dilakukan sepanjang lebih 30 tahun tanpa mereka.
Kamarmahtum turut merasakan bahawa dia tidak penting untuk adiknya.
Kamarmahtum dijangka tiba di Malaysia Ahad pagi, bersama anak saudaranya yang juga merupakan Editor Majalah Astro AWANI, Zan Azlee Zainal Abidin.
Munirah A Sani
Sat Nov 30 2013
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
"Agama Siti Aishah adalah antara dia dan Allah"
Agama Siti Aishah Abdul Wahab adalah antara Allah dan dia, kata kakaknya.
Siti Aishah akan pulang dalam masa sembilan bulan lagi
Kamarmahtum berkata adiknya berjanji akan pulang ke tanah air selepas siasatan selesai.
"Jumpa nanti dalam masa terdekat," kata Siti Aishah kepada keluarga di Malaysia
Kamarmahtum dedah isi pertemuan dengan Siti Aishah dan beliau yakin adiknya akan kembali ke Malaysia.