KUALA LUMPUR: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menjangkakan keseluruhan jumlah pelancong akan mencapai 4 bilion pada 2024, melebihi paras sebelum COVID-19 pada 103 peratus daripada jumlah keseluruhan pada 2019.
Katanya jangkaan terhadap bentuk pemulihan dalam masa terdekat ini telah mencatatkan sedikit perubahan, mencerminkan perkembangan sekatan perjalanan yang dikenakan kerajaan di beberapa pasaran.
Gambaran keseluruhan yang dinyatakan dalam perkembangan terkini itu kepada ramalan jangka panjang IATA, bagaimanapun tidak berbeza daripada yang dijangkakan pada November, sebelum penularan varian Omicron.
"Trajektori jumlah pemulihan penumpang daripada COVID-19 tidak mencatatkan perubahan akibat varian Omicron. Orang ramai berminat untuk melakukan perjalanan. Apabila sekatan perjalanan ditamatkan, mereka kembali menaiki penerbangan.
"Perjalanan masih jauh untuk kembali kepada situasi normal, namun, ramalan bagi perkembangan jumlah penumpang memberikan alasan yang baik untuk menjadi optimistik," menurut Ketua Pengarah IATA Willie Walsh dalam kenyataan semalam.
Menurut persatuan itu, jumlah keseluruhan pelancong pada 2021 adalah 47 peratus berbanding paras pada 2019 dan dijangka meningkat kepada 83 peratus pada 2022, 94 peratus pada 2023, 103 peratus pada 2024 dan 111 peratus pada 2025.
"Pada 2021, jumlah pelancong antarabangsa adalah 27 peratus berbanding paras 2019 dan diramal menokok kepada 69 peratus pada 2022, 82 peratus pada 2023, 92 peratus pada 2024 dan 101 peratus pada 2025.
"Sementara itu, jumlah penumpang domestik mencatatkan 61 peratus berbanding paras 2021 dan ini dijangka naik kepada 93 peratus pada 2022, 103 peratus pada 2023, 111 peratus pada 2024 dan 118 peratus pada 2025," katanya.
Walsh berkata pendorong terbesar dan terpantas bagi bilangan penumpang adalah sekatan perjalanan yang dilaksanakan kerajaan dan mujurlah semakin banyak kerajaan telah sedar bahawa sekatan perjalanan hanya memberi kesan minimum atau tidak memberi kesan jangka panjang kepada penularan virus.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022
Jumlah keseluruhan pelancong pada 2021 adalah 47 peratus berbanding paras pada 2019 dan dijangka meningkat kepada 83 peratus pada 2022. - Foto fail/BERNAMA
Abraham bantu AC Milan jinakkan Slovan Bratislava
Tuan rumah terlebih dulu ketinggalan hasil sentuhan bintang Amerika Syarikat, Christian Pulisic minit ke-21.
Bukan tugas mudah gantikan 'Tok Guru' dalam Sabah FC - Alto Linus
Katanya, mengekalkan prestasi setiap pemain serta mengekalkan corak permainan itu tugas amat mencabar.
PayNet and AWS shape future-ready talents in financial services
Payments Network Malaysia (PayNet), in partnership with Amazon Web Services (AWS), celebrated the inaugural cohort of Program Akar powered by AWS re/Start, an industry-first initiative designed to equip future leaders with globally recognised cloud skills for Malaysia’s Financial Services Industry (FSI), starting the programme with 100 students in 2024. The pilot programme successfully trained its first 50 students in July with industry-recognised AWS Cloud Practitioner Certifications, training in Digital Payments and focused pathways and mentorships to gain future permanent roles at their target companies. Upon graduation, the programme will commence the next cohort in Q1 of 2025.
PILKADA 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (PILKADA) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Ramalan 2025: Kesediaan AI dan Kebangkitan Ejen AI
David Irecki, Ketua Pegawai Teknologi APJ di Boomi, membincangkan ramalan 2025 mengenai kesediaan AI dan kebangkitan ejen AI. Beliau juga mengupas kepentingan pengurusan ejen AI oleh kerajaan dan perniagaan, cabaran yang bakal dihadapi, serta amalan AI yang bertanggungjawab dan beretika.
AWANI Pagi: PILKADA 2024: Dinamika politik menuju Indonesia Emas 2045
Fokus AWANI Pagi 27 November 2024 8.30 pagi bersama Farhan Hakimi mengupas berkenaan PILKADA 2024 melihat kepada kawasan panas, pertembungan ideologi termasuk hala tuju ekonomi di bawah konsep Indonesia Emas 2045.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit diniagakan pada 4.4550/4650 berbanding dolar AS yang mengukuh daripada paras 4.4560/4600 di akhir urus niaga semalam.
JPS keluarkan amaran banjir, 30 kampung di Pasir Puteh dijangka terjejas
Antara kampung yang akan terjejas ialah Kampung Baru, Kampung Gong Serapat, Kampung Pasir Puteh, Kampung Gong Chepa dan Kampung Jelor.
Pertahankan legasi, cabaran besar PDIP dan Megawati
Pilkada Jakarta 2024 bagi parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) adalah lebih daripada sekadar pilihan raya kali ini.
Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar, berkata, selepas kekalahan mengejutkan Ganjar Pranowo dan pasangannya dalam Pilihan Raya Presiden Februari lalu, ia menjadi ujian terbesar untuk mempertahankan legasi parti dan kredibiliti Ketua Umum PDIP, Megawati Soekarnoputri sebagai pemimpin.
Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar, berkata, selepas kekalahan mengejutkan Ganjar Pranowo dan pasangannya dalam Pilihan Raya Presiden Februari lalu, ia menjadi ujian terbesar untuk mempertahankan legasi parti dan kredibiliti Ketua Umum PDIP, Megawati Soekarnoputri sebagai pemimpin.
Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Ketua Komisi Pemilihan Umum Republik Indonesia (KPU RI), Mochammad Afifuddin memaklumkan akan memastikan semua daerah di Indonesia bersiap sedia melaksanakan Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 secara serentak yang berlangsung hari ini.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.