KUALA LUMPUR: Sebanyak 50 peratus daripada penduduk Malaysia menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit (NCD) iaitu tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.
Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, dapatan tersebut hasil kajian Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, di mana prevalens kencing manis di Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara.
Jelas beliau, kajian tersebut juga menunjukkan Malaysia mencatatkan peningkatan ketara daripada 11.2 peratus pada 2011 kepada 18.3 peratus pada 2019.
"Kencing manis menyebabkan pelbagai komplikasi kepada penghidapnya.
"Seorang penghidap kencing manis berisiko untuk mendapat penyakit jantung, strok, kerosakan saraf, mata dan kegagalan buah pinggang.
"Laporan Registri Diabetik Kebangsaan (2020) mendapati 10.6 peratus pesakit diabetes menghidap kerosakan mata, 5.86 peratus menghidap penyakit jantung dan 1.79 peratus menghidap strok.
"Sebanyak 14.38 peratus mengalami gangguan fungsi buah pinggang. Laporan Pelan Strategi Mengurangkan Beban Penyakit Buah Pinggang Kronik mendapati 65 peratus daripada pesakit yang memerlukan rawatan dialisis, adalah daripada kalangan pesakit kencing manis," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau menjawab pertanyaan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching), yang mahu tahu berapa jumlah dibelanjakan untuk menangani NCD terutamanya diabetes dan perancangan untuk menangani prevalens NCD yang tinggi di Malaysia.
Menjawab lanjut, Dr Zaliha berkata, jumlah perbelanjaan langsung penjagaan kesihatan untuk menangani Non-Communicable Disease (NCD) adalah sebanyak RM9.65 bilion iaitu merangkumi 16.8 peratus daripada jumlah perbelanjaan kesihatan di negara ini.
Jelas beliau, anggaran tersebut dibuat berdasarkan perbelanjaan pada 2017 dan laporan itu telah dikeluarkan pada 2022 melalui The Direct Health-Care Cost of Non Communicable Disease in Malaysia oleh World Health Organization dan KKM.
"Jumlah perbelanjaan bagi penyakit diabetes adalah sebanyak RM4.38 bilion (45.38 peratus) daripada keseluruhan perbelanjaan penyakit NCD, diikuti dengan perbelanjaan bagi merawat penyakit kardiovaskular sebanyak RM3.93 bilion (40.73 peratus) dan RM1.34 bilion (13.89 peratus) bagi merawat penyakit kanser.
"Perbelanjaan ini adalah merangkumi perbelanjaan kemasukan ke hospital, penjagaan primer di klinik kesihatan, rawatan pesakit luar di hospital, pemeriksaan dan ujian kesihatan serta pembiayaan perubatan," katanya.
Beliau menambah, bagi 2017 NCD telah memberi impak negatif kepada ekonomi, di mana kos tidak langsung akibat NCD adalah sebanyak RM12.88 bilion dalam bentuk kehilangan produktiviti.
Sementara, diabetes mencatatkan kehilangan produktiviti tertinggi sebanyak RM5.74 billion, dan kardiovaskular sebanyak RM5.32 billion.
Bagi menangani prevalens NCD yang tinggi di negara, Dr Zaliha berkata, KKM antaranya, memperkasa implementasi pelan komprehensif iaitu Pelan Strategik Kebangsaan untuk Penyakit NCD 2016-2025 dan melaksanakan Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN).
Dalam masa sama, KKM turut memperkukuhkan aktiviti saringan kesihatan bagi mengesan awal penyakit termasuk pengesanan faktor risiko berkaitannya, seperti berat badan berlebihan atau obesiti agar dapat diberikan intervensi bersasar.
Hasimi Muhamad
Thu Nov 23 2023
![Jumlah penghidap kencing manis di Malaysia tertinggi di Asia Tenggara - Menteri Kesihatan Jumlah penghidap kencing manis di Malaysia tertinggi di Asia Tenggara - Menteri Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699339520_ZalihaMustafa.jpg)
Zaliha berkata, dapatan tersebut hasil kajian Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, di mana prevalens kencing manis di Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara. - Foto/fail
![John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720357611_JohnCena.jpg)
John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE
John Cena, hari ini mengejutkan peminat dengan mengumumkan akan bersara daripada gelanggang gusti pada tahun hadapan.
![Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354301_HannahYeoh.jpg)
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
'Unifikan' platform perniagaan anda dengan Unifi Business
Unifi Business selaku rakan digital pilihan lebih 400,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berhasrat membantu mentransformasikan perniagaan melalui penyelesaian digital komprehensif.
![Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720348842_TBdroneattack.jpg)
Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine
Keadaan darurat diisytiharkan di daerah Podgorensky wilayah Voronezh, Rusia selepas kebakaran tercetus akibat serangan dron Ukraine, kata gabenor wilayah, Alexander Gusev pada Ahad.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
![Dewan Rakyat: DBKL tebang 173 pokok berisiko tinggi di Kuala Lumpur - Dr Zaliha Dewan Rakyat: DBKL tebang 173 pokok berisiko tinggi di Kuala Lumpur - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701340935_TBmenterikesihata.jpg)
Dewan Rakyat: DBKL tebang 173 pokok berisiko tinggi di Kuala Lumpur - Dr Zaliha
Dr Zaliha Mustafa berkata penilaian itu dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selain pemeriksaan berterusan akan dilakukan terhadap pokok-pokok berusia.
![Menteri Kabinet zahir ucapan takziah kepada keluarga Fadhlina Menteri Kabinet zahir ucapan takziah kepada keluarga Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718505076_makmenteripendidik.jpg)
Menteri Kabinet zahir ucapan takziah kepada keluarga Fadhlina
Pemergian Siti Zalikhah yang merupakan balu Allahyarham Datuk Dr Siddiq Fadzil adalah kehilangan besar kepada negara.
![Raja Permaisuri Agong sampai sumbangan Aidiladha kepada 500 miskin bandar Raja Permaisuri Agong sampai sumbangan Aidiladha kepada 500 miskin bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718275114_RajaZarithSofiah.jpg)
Raja Permaisuri Agong sampai sumbangan Aidiladha kepada 500 miskin bandar
Raja Permaisuri Agong berkenan menyampaikan sumbangan kotak makanan dan wang tunai kepada 500 penerima miskin bandar.
![Serah siasatan pegawai kanan DBKL kepada SPRM - Dr Zaliha Serah siasatan pegawai kanan DBKL kepada SPRM - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717836817_TBZALIHA.jpg)
Serah siasatan pegawai kanan DBKL kepada SPRM - Dr Zaliha
Dr Zaliha menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menyiasat dakwaan pegawai kanan DBKL mengutip sogokan secara bulanan.
![Kerajaan sedia bincang permasalahan pemilik hartanah Kampung Sungai Baru Kerajaan sedia bincang permasalahan pemilik hartanah Kampung Sungai Baru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717664493_ZalihaMustafa.jpg)
Kerajaan sedia bincang permasalahan pemilik hartanah Kampung Sungai Baru
Kerajaan bersedia berbincang mengenai permasalahan dihadapi 100 pemilik hartanah Kampung Sungai Baru berkenaan penilaian hartanah mereka.
![Aidiladha: Larangan penutupan lorong bagi kerja selenggara bermula 12 hingga 19 Jun Aidiladha: Larangan penutupan lorong bagi kerja selenggara bermula 12 hingga 19 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717661772_tbMajlisPenyerahan.jpg)
Aidiladha: Larangan penutupan lorong bagi kerja selenggara bermula 12 hingga 19 Jun
Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia mengeluarkan arahan larangan penutupan lorong bagi kerja selenggara bermula 12 hingga 19 Jun ini sempena Aidiladha.
![Perbadanan Putrajaya, TNB jalin kerjasama bagi pembangunan bandar pintar dan rendah karbon Perbadanan Putrajaya, TNB jalin kerjasama bagi pembangunan bandar pintar dan rendah karbon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717478725_tbmemorandumpersefa.jpg)
Perbadanan Putrajaya, TNB jalin kerjasama bagi pembangunan bandar pintar dan rendah karbon
Perbadanan Putrajaya dan TNB menandatangani MoU dan Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE) yang memfokuskan kepada pembangunan Bandar Pintar dan Bandar Rendah Karbon.
![Pasukan petugas pantau pokok teduhan adakan mesyuarat pertama bulan ini - Dr Zaliha Pasukan petugas pantau pokok teduhan adakan mesyuarat pertama bulan ini - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701171213_TBZalihaMustafa.jpg)
Pasukan petugas pantau pokok teduhan adakan mesyuarat pertama bulan ini - Dr Zaliha
Pasukan petugas yang ditubuhkan untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara akan mengadakan mesyuarat pertama bulan ini.
![Isu gangguan bekalan air, elektrik di Labuan berkurangan - Dr Zaliha Isu gangguan bekalan air, elektrik di Labuan berkurangan - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61717161214_drZalihaMustafa.jpg)
Isu gangguan bekalan air, elektrik di Labuan berkurangan - Dr Zaliha
Namun begitu, perlu ada penambahbaikan yang berterusan bagi memastikan penduduk Labuan terus menikmati kemudahan asas ini dengan lebih baik.
![Kerajaan bersikap proaktif untuk jadikan Pusat Bandar Kuala Lumpur destinasi kreatif bertaraf dunia- Zaliha Kerajaan bersikap proaktif untuk jadikan Pusat Bandar Kuala Lumpur destinasi kreatif bertaraf dunia- Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716889698_DrZalihaMustafa.jpg)
Kerajaan bersikap proaktif untuk jadikan Pusat Bandar Kuala Lumpur destinasi kreatif bertaraf dunia- Zaliha
Program Geran Kreatif KL yang dilancarkan itu merupakan antara inisiatif penting di bawah kelolaan Think City dan sebanyak RM20 juta telah diperuntukan untuk inisiatif ini dalam Belanjawan 2024.