Penduduk Malaysia pada tahun ini dianggarkan berjumlah 32.6 juta orang, meningkat daripada 32.4 juta orang pada tahun lepas, demikian menurut penerbitan Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2019.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, penduduk lelaki melebihi perempuan pada 2019, iaitu seramai 16.8 juta orang manakala perempuan 15.8 juta.
"Pada 2019, nisbah jantina berada pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini mengenai penerbitan itu.
Beliau berkata, daripada 32.6 juta jumlah penduduk itu, 29.4 juta adalah warganegara manakala 3.2 juta bukan warganegara.
Menurutnya, laporan itu menunjukkan peratusan penduduk berumur 0-14 tahun (umur muda) pada 2019 menurun kepada 23.3 peratus berbanding 23.8 peratus pada 2018.
Peratusan penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) pula meningkat daripada 6.5 peratus kepada 6.7 peratus bagi tempoh yang sama, katanya.
Mohd Uzir berkata, berdasarkan Dasar Warga Emas Negara, penuaan penduduk berlaku apabila peratusan penduduk warga emas berumur 60 tahun dan ke atas mencecah 15 peratus daripada jumlah penduduk.
Pada 2019, menurutnya penduduk berumur 60 tahun dan lebih meningkat kepada 10.3 peratus berbanding 10 peratus pada 2018.
"Malaysia dijangka mengalami penuaan penduduk pada tahun 2030 dengan peratusan penduduk berumur 60 tahun dan lebih mencapai 15.3 peratus.
"Negeri yang mencatatkan komposisi penduduk tertinggi pada 2019 ialah Selangor dengan 20.0 peratus diikuti oleh Sabah 12.0 peratus dan Johor (11.6 peratus)," katanya.
Daripada 29.4 juta penduduk warganegara, menurut Mohd Uzir komposisi Bumiputera mencatatkan peningkatan 0.2 peratus kepada 69.3 peratus pada 2019 berbanding 69.1 peratus pada 2018.
"Komposisi etnik Cina menurun kepada 22.8 peratus berbanding 23 peratus pada 2018, manakala India dan lain-lain masing-masing kekal 6.9 peratus dan satu peratus," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2019
Daripada 32.6 juta jumlah penduduk Malaysia, 29.4 juta merupakan warganegara manakala 3.2 juta bukan warganegara. - Gambar hiasan
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
[LAPOR LANGSUNG] Pengganti Hassan Nasrallah, Hashem Safieddine sasaran terbaharu Israel
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menjadikan Hashem Safieddine iaitu pengganti pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah sebagai sasaran baharu.
Penjaga rumah amal GISB mengaku tidak bersalah rotan kanak kanak
Mohd Syahid Hanapiah mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
Jumlah penduduk Malaysia pada 2019 dianggarkan 32.6 juta
Penduduk Malaysia pada 2019 dianggarkan berjumlah 32.6 juta orang, meningkat daripada 32.4 juta orang pada tahun lepas, demikian menurut penerbitan Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2019.