Penurunan tiga peratus kedatangan pelancong asing ke negara ini pada tahun lepas berbanding 2016 adalah disebabkan penurunan sebanyak 3.9 peratus pelancong daripada pasaran ASEAN.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, jumlah kedatangan pelancong dari negara-negara ASEAN ke Malaysia terus mendominasi pasaran dengan 75.1 peratus.
Jelasnya, ketibaan pelancong asing ke dalam negara adalah seramai 29,948,459 orang pada tahun 2017.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan di sini, hari ini.
BACA: Bajet 2018: Tahun 2020 diumum Tahun Melawat Malaysia
BACA: Malaysia terima limpahan 1.8 juta pelancong Thailand tahun lepas
Mesyuarat berkenaan bertujuan mengkoordinasikan semua kementerian dan agensi bagi pembangunan industri pelancongan negara.
Dalam pada itu, mesyuarat berkenaan antara lain, untuk memaklumkan mengenai Pelaksanaan Kempen Visit Malaysia Year (VMY) 2020 oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Visit Malaysia 2020, merupakan satu misi nasional dengan melibatkan semua pihak menerusi strategi lautan biru (NBOS) untuk melonjakkan nama Malaysia sebagai Top of Mind Destination dengan sasaran ketibaan pelancong seramai 36 juta orang dan sasaran pendapatan sebanyak RM168 billion.
Tagline VMY 2020 ialah 'Travel. Enjoy. Respect' selari dengan kempen kesedaran yang dijalankan oleh World Tourism Organization (UNWTO).
lndustri pelancongan Malaysia merupakan antara penyumbang utama kepada sektor perkhidmatan negara dengan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 14.8 peratus atau RM182.4 bilion.
Industri ini juga merupakan penyumbang ketiga terbesar dengan sumbangan bernilai RM73.3 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar.
Di samping itu, guna tenaga industri pelancongan juga telah mencatatkan rekod tertinggi iaitu seramai 3.2 juta orang; iaitu sebanyak 22.7 peratus daripada jumlah guna tenaga keseluruhan pada tahun 2016.
Wan Syamsul Amly
Tue Feb 20 2018
Ketibaan pelancong asing ke dalam negara adalah seramai 29,948,459 orang pada tahun 2017. - Gambar fail
Ekonomi negara makin berkembang, pelabur semakin percayakan Malaysia - Gabenor BNM
Prospek jangka panjang ekonomi negara adalah cerah kerana pelaburan kembali meningkat dengan kukuh.
Empat cedera, termasuk dua parah, pokok tumbang hempap MPV, motosikal
Empat orang cedera, termasuk dua parah selepas sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah motosikal.
JKM rayu mangsa terjejas pindah ke PPS
JKM merayu semua mangsa segera berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), sekiranya kediaman mereka terjejas.
Azalina terima anugerah GIFA, peranan dalam agenda reformasi timbang tara diiktiraf
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dinobatkan sebagai penerima anugerah 'Global Islamic Finance Awards (GIFA) Special Award 2024'.
Belum terima perkembangan siasatan kebocoran gambar siasatan
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
SPRM yakin tiada unsur rasuah SPRM, Op Global
SPRM tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan oleh polis terhadap rumah amal GISBH.
Op Pump: SPRM tunggu masa sesuai tahan dalang utama
Suspek dalam Op Pump itu masih berada di negara ini namun belum dapat ditahan kerana berhadapan masalah hubungan kerja dengan pihak berkuasa di Bangladesh.
Tiada masalah jika Harimau Malaya 'bergerak sendiri' - AFC
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tidak melihat sebarang masalah sekiranya Harimau Malaya 'bergerak sendiri' pada masa depan.
Tampil kurus, Dafi nafi buat pembedahan bariatrik
Tampil dengan tubuh yang semakin kurus, pelakon dan penyanyi Dafi menafikan dirinya membuat pembedahan bariatrik atau potong usus.
Pasukan perubatan peribadi Agong rawat dua mangsa kemalangan motosikal
Pasukan perubatan peribadi Yang di-Pertuan Agong memberikan rawatan kecemasan kepada dua penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan.
Perlis, destinasi pilihan lapan negara hidupkan budaya, warisan rantau Asia
Negeri Indera Kayangan itu mencipta lembaran pertukaran ilmu pelbagai negara untuk 'memberi nafas' terhadap budaya dan warisan di rantau Asia.
Perkongsian strategik komprehensif pacu pertumbuhan perdagangan Malaysia-India
India yakin bahawa Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) yang baharu dipertingkatkan dengan Malaysia akan mendorong perdagangan dua hala ke tahap yang lebih tinggi.
‘Ribut geopolitik’ menghampiri, ASEAN harus perkuat kesepaduan - Mahbubani
Ketika ketegangan antara Amerika Syarikat dan China terus meningkat, diplomat terkenal Singapura dan ahli akademik Kishore Mahbubani menggesa anggota dan pemimpin ASEAN untuk mengukuhkan perpaduan.
Menteri luar ASEAN nyatakan solidariti dengan negara terjejas taufan
ASEAN menegaskan solidaritinya dengan kerajaan yang terjejas serta yakin negara-negara itu akan dapat mengatasinya dan pulih dengan segera.
Isu berkaitan Laut China Selatan perlu ditangani menerusi ASEAN - Mohamed Khaled
Sebarang isu berkaitan Laut China Selatan perlu ditangani secara berterusan menerusi ASEAN, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit naik berbanding dolar AS, hampiri paras sokongan segera RM4.3259
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada hari kedua berturut-turut untuk menghampiri paras sokongan segera RM4.3259, kata pakar ekonomi.
Negara ASEAN perlu bersatu suarakan isu perubahan iklim - Nik Nazmi
Katanya, jika negara anggota ASEAN bekerjasama dan memanfaatkan 670 juta penduduk dan kekuatan ekonomi rantau ini, suara mereka akan lebih dihormati.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang laporan inflasi AS
Ringgit ditutup dengan mengukuh berbanding dolar AS hari ini, sejajar dengan mata wang serantau lain berikutan peserta pasaran menunggu laporan IHP AS yang akan dikeluarkan esok.
Malaysia sedang perhebat kemampuan dalam industri semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia mempunyai kelebihan daya saing dalam sektor semikonduktor, termasuk sebagai pemain utama dalam industri elektrikal dan elektronik.