Jumlah mangsa pencemaran ekoran pembuangan sisa toksik ke Sungai Kim Kim, Khamis lepas, meningkat mendadak kepada 207 orang setakat 11 Selasa malam susulan berlaku insiden gelombang kedua.
Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata gelombang kedua itu membabitkan majoriti kes pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih.
Beliau berkata setakat jam 11 malam, 29 orang dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan manakala 77 mangsa dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dengan 35 daripada mereka ditahan di wad untuk rawatan lanjut.
"Daripada jumlah 35 mangsa ditahan itu, empat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Selepas 16 pesakit daripada gelombang pertama telah dibenar pulang, jumlah terkini yang masih berada di HSI adalah 44 orang (enam di ICU dan 38 orang di wad HSI)," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Beliau berkata daripada jumlah 44 orang di HSI, 11 adalah orang dewasa dan 33 adalah murid sekolah.
Mangsa pencemaran tersebut dilaporkan mengalami pedih mata, loya, muntah, pening, sakit dada dan sesak nafas.
Kedua-dua SK Taman Pasir Putih dan SMK Taman Pasir Putih kini telah ditutup semula.
BACA: Pencemaran bahan kimia: Dua sekolah diarah ditutup semula
Sementara itu, Dr Selahuddin menasihati murid dan penduduk tempatan agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai gejala pedih mata, sakit dada dan sesak nafas dan disyaki terhidu dan terdedah kepada bahan kimia tersebut.
Selain itu, orang ramai diminta menggunakan air terawat untuk aktiviti harian.
"Kerap mandi dan pakaian yang digunakan hendaklah dibasuh berasingan setiap kali keluar dari rumah bagi mengelakkan kemungkinan sisa toksik terkena di anggota badan," katanya.
Selain itu, beliau meminta orang ramai jangan mendekati atau melakukan aktiviti riadah berdekatan kawasan Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2019
Murid-murid SK Taman Pasir Putih berkumpul di hadapan pagar sekolah menunggu waris masing-masing selepas sekolah berkenaan diarahkan tutup. - Foto BERNAMA
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Gelombang banjir kedua Johor, mangsa banjir Mersing bertambah
Terkini, seramai 421 mangsa dari 123 keluarga ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Mersing.
Banjir: California bersedia gelombang kedua
California akan menyaksikan beberapa lagi pusingan cuaca ribut sepanjang hujung minggu.
Jumlah mangsa banjir di 4 negeri meningkat
Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah, Johor, Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang ini.
Banjir: 'Tidur tak lena, berdebar-debar fikirkan gelombang kedua' - Penduduk Pekan
Ketika banjir masih melanda beberapa daerah di Pahang, penduduk di daerah Pekan pula mula khuatir dengan keselamatan mereka.
Banjir: Lima daerah di Pahang dibadai gelombang kedua
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, lima daerah berkenaan ialah Lipis, Maran, Bera, Rompin dan Raub.
Melaka Tengah daerah terbaharu terjejas banjir
Gelombang kedua banjir di Melaka semakin memburuk selepas daerah Melaka Tengah turut dilanda bencana berkenaan.
Polis Kedah sedia hantar anggota bantu mangsa banjir pantai timur
Polis negeri bersedia menghulurkan bantuan bukan sahaja dari segi anggota tetapi juga logistik.
Paras sungai di ibu negara dipantau ketat, elak gelombang kedua - Shahidan
DBKL akan terus memantau aras air sungai di kawasan ibu negara dalam memastikan tahap kesiapsiagaan tinggi jika berlaku gelombang kedua.
Agensi kerajaan kini lebih bersedia hadapi gelombang kedua banjir
Agensi-agensi kerajaan yang ditugaskan untuk menghadapi gelombang kedua banjir didapati kini lebih bersedia dan bertindak pantas dalam menjalankan tugas masing-masing.
Waspada gelombang kedua: Penduduk kampung Orang Asli kekal berkhemah di lokasi tinggi
Kira-kira 20 keluarga Orang Asli kampung itu masih menetap di 21 khemah biarpun banjir yang melanda kampung berkenaan telah surut sepenuhnya.