LABUAN: Jumlah pengendalian kargo di Labuan terjejas akibat pelaksaan dasar sifar COVID-10 ketika pandemik, kata Presiden Persatuan Penghantar Kargo Labuan (LFFA) Prunella Phoong.
Beliau berkata jumlah trafik di pelabuhan Labuan berkurangan dengan ketara berikutan pelaksanaan dasar tersebut.
"Dasar sifar COVID-19 telah menyebabkan aktiviti import dan eksport Labuan beralih ke Pelabuhan di Sabah dan ia turut mengalihkan pergerakan trafik udara dari Lapangan Terbang Labuan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu," katanya.
Disebabkan kelembapan global, caj pengangkutan yang meningkat sebanyak antara tiga hingga empat kali ganda dalam tempoh enam bulan lepas, ia turut memberi kesan kepada pergerakan import dan eksport, kata Phoong.
"Disebabkan kenaikan caj pengangkutan untuk import antara Pelabuhan Klang dan Labuan di mana kadarnya mungkin mencecah antara RM8,000 dan RM10,000 setiap unit bersamaan dua puluh kaki (TEU), banyak pengimport untuk kegunaan tempatan telah memindahkan aktiviti import mereka ke Pelabuhan Kota Kinabalu, Sabah kerana ia lebih murah walaupun masa transit telah meningkat sebanyak lima hingga tujuh hari," katanya.
Beliau berkata sejak November 2022, susulan pembukaan semula aktiviti perdagangan ke Labuan dan peningkatan besar dalam perkhidmatan oleh pengendali pelabuhan Labuan, Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) daripada segi masa persinggahan kapal di Pelabuhan Labuan, pengendali kapal telah menjadi lebih yakin untuk menggunakan pelabuhan tersebut.
Sementara itu, Phoong berkata pelabuhan seperti Pelabuhan Klang, Selangor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor juga menyaksikan penurunan jumlah pemindahan kapal pada 2022 berbanding 2021, kebanyakannya disebabkan oleh kelembapan ekonomi di peringkat global, kenaikan inflasi dan kos sara hidup.
"Dasar sifar COVID-19 untuk membendung wabak di Shanghai dan Ningbo, China turut menjejaskan volum di Asia.
"Walaupun terdapat beberapa pembatalan untuk berlabuh di pelabuhan-pelabuhan ini, ia tidak banyak seperti apa yang berlaku di pelabuhan-pelabuhan di China. Bilangan perkhidmatan perkapalan tidak banyak berubah. Jumlah aktiviti pemindahan kargo di Pulau Pulau Pinang adalah menggalakkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 07 2023

Jumlah trafik di pelabuhan Labuan berkurangan dengan ketara berikutan pelaksanaan dasar tersebut. - Gambar fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Jumlah kendalian kargo Labuan terjejas akibat dasar sifar COVID-19
Jumlah pengendalian kargo di Labuan terjejas akibat pelaksaan dasar sifar COVID-10 ketika pandemik, kata Presiden Persatuan Penghantar Kargo Labuan (LFFA) Prunella Phoong.

Sembilan kontena mengandungi 142.56 tan gula terkandas di Pelabuhan Labuan
Sembilan kontena mengandungi bekalan gula terkandas di pelabuhan kontena, Labuan Liberty Wharf sejak seminggu lepas.