Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) percaya jualan amal atas alasan sedekah yang menggunakan remaja dan pelajar sekolah tahfiz di negeri ini ada yang didalangi sindiket.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM Rahimin Bani berkata Melaka dipercayai menjadi sasaran sindiket kutipan sedekah disebabkan negeri ini antara destinasi pelancongan terkenal di negara ini yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.
Katanya justeru pihaknya percaya terdapat sindiket bagi aktiviti berkenaan yang menggunakan golongan remaja terutama pelajar sekolah tahfiz untuk menjalankan kutipan sedekah.
"Pungutan tidak sah yang dijalankan ini menggunakan nama Islam untuk menagih simpati dan perhatian masyarakat terutama yang beragama Islam. Terdapat juga mereka yang berselindung di sebalik jualan amal untuk mengutip sedekah.
"Golongan ini akan meminta sebahagian wang daripada orang ramai dengan alasan sedekah sekiranya produk seperti kalendar yang dijual tidak mahu dibeli masyarakat," katanya kepada Bernama.
Rahimin berkata individu yang ditahan JAIM kerana menjalankan kegiatan mengutip derma tanpa kebenaran di Melaka meningkat kepada 52 kes pada tahun lepas berbanding 29 kes pada tahun 2015.
Berkata kebanyakan mereka yang ditahan merupakan golongan belasan tahun yang menjalankan pungutan derma menggunakan tabung dan tanpa tabung di tempat awam.
Rahimin berkata semua aktiviti pungutan amal dan sedekah atau khairat atas nama Islam perlu mendapatkan kebenaran daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Beliau berkata mereka yang ditahan boleh didakwa mengikut Seksyen 89, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga 18 bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Katanya tindakan berkenaan bagi mengawal aktiviti kutipan derma secara tidak sah bagi memastikan kutipan derma perlu dilakukan mengikut saluran dan prosedur yang ditetapkan dan dana yang dikutip dapat diagihkan secara betul tanpa penyelewengan.
Selain itu, Rahimin berkata aktiviti berkenaan boleh menimbulkan kacau ganggu sehingga mewujudkan rasa kurang senang orang awam dan pelancong.
Dalam pada itu, tinjauan Bernama mendapati berlaku aktiviti kutipan derma dipercayai tidak sah menggunakan pelajar tahfiz yang hanya berbekalkan surat kebenaran sekolah terutama di pusat beli-belah dan premis makanan di sekitar bandar Melaka.
Seorang pelajar tahfiz yang cuba menjual kalendar dengan alasan untuk mengutip dana bagi pembangunan sekolah tahfiznya di Kedah berkata, dia berada di Melaka selama dua minggu kerana menyertai program sekolah namun enggan mengulas lanjut.
Remaja berusia 14 tahun yang mengaku merupakan anak yatim piatu, berkata dia dan sekumpulan rakannya dari sekolah sama ditempatkan di sebuah inap desa di Semabok di sini dan diarah menjual kalendar kepada orang ramai atau mendapatkan wang derma atas alasan bersedekah.
"Saya tidak takut pada sesiapa pun kerana saya hanya takut pada Allah," katanya ketika dimaklumkan bahawa pungutan berkenaan tidak sah kerana tidak mempunyai kelulusan daripada MAIM.
Berdasarkan pemerhatian, pelajar lelaki berkenaan dilihat masih menjalankan aktiviti kutipan derma walaupun selepas tempoh dua minggu dia ditemu bual Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2017
JAIM mengambil tindakan mengawal aktiviti kutipan derma secara tidak sah bagi memastikan ia dilakukan mengikut saluran dan prosedur yang ditetapkan dan dana yang dikutip dapat diagihkan secara betul tanpa penyelewengan. Gambar hiasan
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Jualan amal atas nama sedekah dipercayai didalangi sindiket - JAIM
Melaka dipercayai menjadi sasaran sindiket kutipan sedekah disebabkan negeri ini antara destinasi pelancongan terkenal di negara ini yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.