KUALA LUMPUR: Penganjuran Jualan Agro Madani terutamanya di pekan kecil dan kawasan luar bandar jelas memberi impak positif kepada segenap lapisan masyarakat dalam meringankan beban kos sara hidup yang semakin tinggi.
Bukan sahaja pengguna dapat membeli barangan keperluan harian dalam harga yang lebih murah dan berpatutan, malahan kumpulan peniaga terlibat juga mampu melonjakkan hasil pendapatan sehingga lebih dua kali ganda.
Bagi peniaga ayam segar, Mohd Amir Ismail, 47, yang pertama kali menyertai program Jualan Agro Madani berkata, pada kebiasaan dia hanya menjual sekitar 800 ekor ayam segar di beberapa pusat jualan di sekitar Negeri Sembilan.
Namun ujarnya, kuantiti jualannya bertambah 450 ekor pada program jualan berkenaan dan menyifatkan penganjuran itu sebagai situasi ‘menang-menang’ kepada peniaga dalam meningkatkan jualan selain pengguna dapat membeli dengan harga yang murah.
“Kebiasaannya kalau saya jual di pasaran biasa seekor ayam harganya sekitar RM16 hingga RM20 bergantung kepada saiz, tetapi pada program ini kita hanya jual RM13 seekor.
“Sebagai peniaga yang pertama kali diberi peluang berniaga pada Jualan Agro Madani ni saya rasa seronok apabila dapat bantu ringankan beban orang ramai beli ayam segar dengan harga lebih murah dan secara tidak langsung kuantiti jualan dan pendapatan saya juga bertambah,” katanya ketika ditemui pada program Jualan Agro Madani di Masjid Tuanku Besar di sini pada Selasa.
Sementara itu, bagi peniaga rendang maman yang merupakan makanan ikonik Negeri Sembilan, Halimah Bulat, 61, menerusi platform Jualan Agro Madani, dia dapat meningkatkan pendapatannya berlipat kali ganda.
“Saya berniaga rendang maman ini sejak 12 tahun lalu dan biasanya pendapatan saya hanya sekitar RM2,000, namun selepas aktif menyertai program dibawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ini pendapatan saya memang berlipat ganda lah.
“Program jualan ini bukan sahaja platform bagi pengguna berjimat, tetapi ini juga saya lihat sebagai satu ruang peniaga kecil seperti saya tambah ‘duit poket’ apabila sekurang-kurangnya 30 kilogram (kg) jualan rendang maman saya laris,” katanya.
Bagi pelanggan warga emas Hamidah Ibrahim, 73, mengakui sangat berpuas hati dengan harga barangan keperluan yang dijual pada harga lebih murah.
“Apabila kawan-kawan kariah masjid beritahu ada program ini dekat dengan kawasan kami, memang saya dah rancang nak berbelanja sebab kita tahu harganya murahkan.
“Cumanya saya harap jualan ini dapat diteruskan lah dan kerap diadakan di kawasan kami kerana banyak manfaatnya lebih-lebih lagi pada warga-warga emas yang tak banyak pendapatan,” katanya.
Kelegaan sama turut dikongsi seorang pekerja swasta, Lukman Hakim Abdullah, 32, yang menyifatkan tawaran harga murah pada program jualan Agro Madani dapat memberi kelegaan kepada setiap ketua keluarga.
“Kalau nak ikutkan sekarang ni kehidupan kos hidup makin tinggi, jadi bila adanya program macam sebegini sedikit sebanyak dapat bantu kurangkan bebanan.
“Dengan gaji yang tidak seberapa, kita nak berbelanja di pasaraya pun adakalanya rasa takut dan saya harap program ini diteruskan atau dapat diadakan sebulan dua kali lebih bagus,” ujar bapa satu anak itu.
Jualan Agro Madani yang diadakan lima jam di Masjid Tuanku Besar di sini, pada Selasa membabitkan 27 usahawan khususnya peniaga tempatan.
Program itu memberi manfaat sekurang-kurangnya kepada 1,000 isi rumah dengan penjualan pelbagai barangan keperluan pada harga sekurang-kurangnya 20 peratus lebih murah daripada pasaran.
Antaranya minyak peket yang dijual dengan harga RM2, daging segar RM36 berbanding RM40 harga biasa serta 1,000 kampit beras putih tempatan dengan harga RM26.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Dec 19 2023
Program itu memberi manfaat sekurang-kurangnya kepada 1,000 isi rumah dengan penjualan pelbagai barangan keperluan pada harga sekurang-kurangnya 20 peratus lebih murah daripada pasaran. - Astro AWANI
MBSA benar jualan mercun, bunga api di empat bazar Ramadan
MBSA hanya membenarkan jualan mercun dan bunga api di empat bazar Ramadan di bawah kendaliannya sepanjang Ramadan kali ini.
Dakwaan fitnah terhadap bekas Naib Canselor UKM: Polis rakam keterangan dua individu
Polis merakam keterangan dua individu daripada pengurusan tertinggi sebuah universiti awam tempatan berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan membabitkan bekas Naib Canselor UKM.
Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain - PM Anwar
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Niaga AWANI Khas: Mencorak pelaburan mampan negara
Dinamik geoekonomi dan geopolitik menuntut syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mempelbagaikan portfolio selain mencari alternatif dalam menampan ketidaktentuan tersebut.
AWANI Ringkas: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MAHB: PAC perlu guna saluran betul untuk dapatkan penjelasan - Loke
PAC perlu menggunakan saluran yang betul apabila ingin mendapatkan sebarang penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan termasuk mengenai penjualan saham MAHB.
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
KPKM sasar 5,000 Program Jualan Agro Madani seluruh negara
Jelas Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, Program Jualan Agro Madani (JAM) bertujuan memastikan nasib golongan kurang mampu sentiasa terpelihara dalam menghadapi kos sara hidup yang tinggi.
Rakyat jimat RM27.8 juta melalui Jualan Agro Madani
Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, penjimatan itu melibatkan kira-kira 11.6 juta rakyat yang berbelanja di jualan tersebut.
Jualan Agro Madani: Buka peluang perkenal produk jenama Peladang
Menerusi Jualan Agro Madani ini juga pengguna memperolehi manfaat dengan kuasa beli yang mereka ada untuk mendapatkan barangan pada harga yang lebih rendah.
Jualan Agro Madani: Usaha bantu usahawan dan pengguna
Program Jualan Agro Madani Mega ini juga membantu usahawan tani memasarkan produk mereka terus kepada pengguna.
Jualan Agro Madani di jajahan Pasir Mas bantu mangsa banjir
Jualan Agro Madani yang menawarkan barangan pada harga yang lebih rendah dari pasaran membuka peluang dan kemudahan kepada masyarakat setempat mendapatkan bekalan makanan dan keperluan mereka.
Jualan Agro Madani: ‘Pembeli dapat jimat, peniaga raih pendapatan berganda’
Penganjuran Jualan Agro Madani terutamanya di pekan kecil dan kawasan luar bandar jelas memberi impak positif kepada segenap lapisan masyarakat dalam meringankan beban kos sara hidup yang tinggi.
KPKM sasar Jualan Agro Madani di 5,000 lokasi
KPKM menyasarkan pelaksanaan Jualan Agro Madani di 5,000 lokasi di seluruh negara melibatkan nilai jualan sebanyak RM39 juta pada tahun ini.
KPKM sasar jualan berjumlah RM13.5 juta menerusi Program Jualan Agro Madani tahun ini
Dianggarkan sejumlah 1.8 juta isi rumah golongan B40 dan M40 akan menikmati penjimatan melalui program Jualan Agro Madani.
Jualan Agro Madani tawar barang keperluan 30 peratus lebih murah - Mohamad Sabu
Rakyat kini boleh mendapatkan harga barangan keperluan harian dengan harga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran menerusi Jualan Agro Madani di seluruh negara.