Tindakan menjual MyKad dan sijil lahir kepada warga asing disifatkan sebagai satu pengkhianatan besar kepada negara.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau bersubahat dalam perkara ini.
"Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa termasuk PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dalam apa jua siasatan yang membabitkan kes ini atau kes-kes seumpama ini," memetik kenyataan di laman rasmi Facebook miliknya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap tangkapan melibatkan 20 orang individu termasuk pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang terlibat dalam sindiket penjualan MyKad dan sijil lahir kepada warga asing.
Menurut beliau, proses permohonan sedia ada adalah jelas dan semua permohonan yang lengkap akan diproses secara adil.
Justeru, beliau menasihati orang ramai untuk mengikut proses sedia ada dan tidak sama sekali cuba untuk mendapatkan apa jua jenis dokumen melalui saluran yang tidak betul.
Malah, beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sindiket pengeluaran dokumen secara tidak sah untuk memaklumkan terus kepada PDRM.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Sep 14 2019
Menurut Muhyiddin, Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau bersubahat dalam perbuatan menjual MyKad atau sijil lahir. - Gambar fail BERNAMA
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Jual MyKad, sijil lahir: Pengkhianatan besar negara
KDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau bersubahat dalam perkara ini.