KOTA BHARU: Ketibaan musim durian tetap dinantikan kalangan penggemar raja buah itu yang tidak melepaskan peluang untuk menikmatinya walaupun pelaksanaan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara masih berkuat kuasa di Kelantan ketika ini.
Namun, menyedari mungkin kebanyakan masyarakat mengalami masalah kewangan susulan perintah tersebut, seorang peniaga buah-buahan secara kecil-kecilan menjual pelbagai jenis durian pada harga serendah RM15 sekilogram dan ke atas, mengikut varieti.
"Saya jual murah durian ini sebab nak bagi semua penggemar durian merasainya. Tambahan pula, ramai yang mungkin menghadapi masalah kewangan sekarang," kata Wan Mohd Faizal Wan Mohd Noor, 39, yang merupakan pemilik kedai buah-buahan dinamakan 9932 Durian Stall.
Lebih menarik lagi, kedainya yang terletak di tepi Jalan Tok Kenali, berdekatan Wakaf Stan, di sini, turut menjual durian kampung secara 'lelong' setiap hari, iaitu pelanggannya boleh membeli seberapa banyak durian yang boleh dimuatkan di dalam satu beg plastik bersaiz 'XL'.
Menjelas lanjut kepada Bernama, Wan Mohd Faizal berkata jualan secara pukal berkenaan yang bermula pada 17 Jun lepas hingga kini, menawarkan durian kampung jenis gred BC yang dijual pada harga siling iaitu RM20, manakala gred A (RM50) dan Kahwin Campur (RM70), masing-masing bagi satu beg plastik.
"Pelanggan beli, kemudian akan pilih dan ambil seberapa banyak durian mereka mahu, asalkan penuh satu beg plastik dan selagi mereka boleh bawa. Alhamdulillah, jualan ini mendapat sambutan dalam kalangan penggemar durian yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk di sekitar sini," katanya yang mengusahakan kedai buah-buahan itu sejak lima tahun lepas.
Wan Mohd Faizal turut berkata kebiasaannya, puluhan pelanggan mula beratur di luar kedainya seawal 9 pagi, bagi menunggu giliran untuk membeli dan memilih durian kampung yang dijual secara longgokan itu.
Ujarnya, bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam membendung penularan COVID-19, hanya empat pelanggan dibenarkan memilih durian yang dibeli mereka dalam masa sekurang-kurangnya lima minit untuk mengelakkan berlaku kesesakan.
Wan Mohd Faizal juga berkata hasil keuntungannya mampu mencecah puluhan ribu ringgit dengan kira-kira seberat 12 tan durian terdiri daripada pelbagai jenis termasuk Musang King, terjual dalam sehari.
"Bekalan durian ini, saya borong pada harga berpatutan daripada pekebun-pekebun kecil di seluruh Malaysia antaranya Perak, Johor serta Kelantan," katanya yang menjual durian jenis Musang King pada harga RM25 sekilogram.
Sementara itu, ketika ditemui, seorang pelanggan Nik Izwandi Nik Ahmad, 29, berkata konsep jualan sebegini amat berbaloi memandangkan dirinya adalah penggemar durian sejak kecil lagi.
"Saya dah lama cari peniaga yang jual durian dengan harga berpatutan tanpa ikut timbang. Memang puas hati sebab dapat beli lebih 10 biji durian kampung gred A sekali gus dengan harga berpatutan iaitu RM50 satu beg plastik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 17 2021
Gerai durian ini turut menjual durian kampung secara 'lelong' setiap hari. - Foto BERNAMA
Ketua Hak Asasi Manusia PBB rayu agar konflik di Gaza dihentikan
Volker Turk berkata, kebanyakan yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 Ogos 2024.
Tumpuan Jumaat – 16 Ogos 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PRK Nenggiri: Polis sahkan ada cubaan pengaruhi pengundi untuk tidak keluar mengundi
Polis mengesahkan bahawa ada pihak tertentu yang cuba mempengaruhi pengundi untuk tidak menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Sabtu ini.
[KOLUMNIS] Kerajaan komited majukan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak
Di Malaysia, pembangunan infrastruktur seperti jalan raya merupakan kunci kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON
EON mengunjurkan penembusan pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia mencecah sehingga dua peratus menjelang akhir tahun, didorong oleh pelancaran model EV tambahan.
AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sudah bersiap sedia dalam segala aspek sejurus Rang Undang-Undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 2024 diwartakan kelak.
MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus
MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku kedua 2024 pada sekitar 6.1 peratus tahun ke tahun, disokong oleh pertumbuhan kukuh sektor perkhidmatan.
Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah
Malaysia dijangka menarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Kumpulan pertama durian segar Malaysia masuk ke China penghujung Ogos
Susulan kelulusan daripada Kerajaan China, penghantaran sulung durian segar Malaysia beserta kulitnya dijangka memasuki pasaran China menjelang akhir bulan ini.
Nafas galak ahli peladang ceburi tanaman durian bermutu tinggi
Penanaman durian bermutu tinggi mampu menjana pendapatan lumayan dan mendatangkan keuntungan besar kepada pekebun.
Durian, rambutan segar ‘gugur’ di benua Afrika, perluas pasaran baharu
Para tetamu dihidangkan dengan Durian D197 yang terkenal, juga dikenali sebagai Musang King dan Rambutan Budak Sekolah.
Eksport durian segar ke China tidak jejas pasaran tempatan
Pengeksportan pertama durian segar ke China tidak akan menjejaskan pasaran dan harga buah itu di pasaran tempatan.
FAMA pemudah cara bantu pengusaha durian kampung eksport ke China
FAMA diminta menjadi pemudah cara dan mencari mekanisme untuk membincangkan perkara itu kerana ia merupakan peluang melebarkan perniagaan pengusaha durian di kampung.
Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.
Thailand anjur festival durian, tingkatkan perdagangan dengan China
Sambutan pesta durian pada Sabtu di selatan Thailand mempromosikan durian Thailand dan membantu lebih banyak buah memasuki pasaran China.
Johor akan bangunkan pusat pengumpulan durian atasi jangkaan lambakan
Lambakan itu dijangka berlaku berikutan penanaman durian berskala besar yang dilakukan pekebun sejak beberapa tahun lepas.
Jualan durian meningkat dalam Shopee Live di Singapura
Penjual durian di Shopee mencatat jumlah tontonan dan pesanan harian yang tinggi di Shopee Live, yang menyumbang kepada lebih 50 peratus daripada keseluruhan jualan mereka musim ini.
Durian Pak Yas 'lubuk' peminat raja buah
Ilyas sering tidak menang tangan apabila tiba musim durian kerana pengunjung dari dalam dan luar negara akan tertumpu ke kedainya.